Salam semuaa..
Lama saya tak update entri emo dalam blog kesayangan tapi hari ini feeling sedih terlebih di hati. Kalau anda tak suka, boleh pangkah terus tanpa segan silu. Wujud ker Cinta Sejati Seorang Lelaki? Wujud bagi mereka yang percaya dan palsu bagi mereka yang kecewa. Phuhhhh puitis pulak kan? kehkehkeh!

“Never give up without putting up a good fight if you feel that she is the one!”
Andainya anda menemui seseorang yang anda tidak boleh hidup tanpanya, its time for you to put up a good fight for your love. Kenapa? Finding the one bukanlah sesuatu yang mudah. Pepatah ada mengatakan ’semakin susah dapat, semakin susah dilepas.’ ”Semakin lama bertaut, semakin kuat akarnya” sama juga dengan cinta. Semakin lama bersama, semakin sukar untuk berpisah.
Bila berkawan tak semestinya bercinta…
Bila bercinta tak semestinya bertunang…
Bila bertunang tak semestinya berkahwin…
Bila berkahwin tak semestinya kekal hingga ke akhir hayat…
Cinta sejati bagi seorang lelaki apabila dia sanggup berkorban segalanya untuk perempuan yang dia YAKIN untuk hidup bersama. Cinta yang sanggup dikejar walaupun kesudahannya mungkin bukanlah seperti yang diinginkan. Anda pernah percaya pada True Love?
Dulu saya selalu fikir, bila kita berusaha bagi yang terbaik pasti kita akan memperoleh pengakhiran yang Happy Ending tapi dunia tidaklah seindah Drama. Takkan ada Romeo dan Juliet dalam hidup ini yang sanggup berkorban untuk Cinta. Semuanya hanya janji palsu semata – mata.
4 tahun anda berusaha separuh mati sehingga dia menjadi SEMPURNA boleh ditukar dengan 4 bulan cinta yang baru. Indahnya cinta kerana boleh melupakan segala-galanya. Perit tapi itulah realiti hidup. Bila berbahagia, orang takkan rasa kesusahan selama bersama kerana semuanya boleh ditukar ganti dengan nyawa.
‘Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima’
P/s: Jangan siakan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

