Salam.
Terbaca kat informasi.my tentang Jejai dan Fasha Sandha yang dikatakan sudah bernikah. Menurut blog dapur kakjee, Jejai dan Fasha dikatakan bernikah di Thailand.

Salam.
Terbaca kat informasi.my tentang Jejai dan Fasha Sandha yang dikatakan sudah bernikah. Menurut blog dapur kakjee, Jejai dan Fasha dikatakan bernikah di Thailand.

Fasha Sandha menduduki tempat pertama dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu. Waaahhh, mesti sebab kes Fasha Sandha putus cinta dengan Jejai.
Fasha Sandha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua.
Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lalu setelah perkahwinan mereka mendapat liputan meluas dari pihak media.
Isu Fasha Sanda dan (Rizal Ashram Ramli) Jejai putus cinta nampaknya masih belum reda. Hari ini, Fasha Sandha mengulas kenyataan Nora Danish yang mengatakan beliau dan Jejai sudahpun putus sejak 2 bulan lalu.
Fasha Sandha mengatakan kenyataan Nora dalam akhbar ini semalam menguji kesabarannya untuk memberi kenyataan balas dengan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku antara dia dan Jejai.
“Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. “Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. “Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,” katanya.
P/s: Tak guna bergaduh sesama sendiri demi seorang lelaki, Ramai lagi kumbang kat luar sana yang masih single.