DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Lelaki Metroseksual Semakin DiMinati

 

Bak melangkah keluar daripada kepompong lama, semakin hari terserlah kemahuan lelaki untuk tampil lebih kacak dan bergaya. Jika suatu ketika dulu, soal gaya atau berdandan menjadi janggal dalam dunia lelaki, perubahan semasa dan gaya hidup sukar disangkal.

Penggunaan pencuci muka, penyegar, mencukur bulu kening dan pelembap bibir, semua itu adalah senario biasa dalam dunia jejaka moden hari ini. Istilah metroseksual yang diambil daripada maksud Yunani adalah menggambarkan lelaki heteroseksual metropolitan yang menjaga penampilan diri dari semua aspek seperti mana lelaki urban.

Tidak saja lambakan produk penjagaan wajah bermula daripada pencuci muka, krim anti penuaan, krim pelembap mata, pupur hinggalah kepada set bercukur yang kini sudah dikenali lelaki. Malah, golongan lelaki yang suatu ketika dulu cukup ‘geli’ apabila diminta menyapu losyen tangan kini tanpa segan selesa berkunjung ke pusat rawatan spa atau melakukan rawatan kuku.

Biar apapun tanggapan atau istilah metroseksual mengikut pemahaman diri, tidak salah rasanya golongan lelaki menyahut perubahan dari segi penampilan. Tidak perlu terburu-buru untuk melakukan transformasi, memadai andai menggunakan pencuci wajah. Sedikit alternatif dilakukan, tentu ada perubahan di kemudian hari.

Incoming search terms:

5000 Unique Visitor untuk Permulaan Ramadhan

Semalam, semua umat islam telahpun menjalani ibadah puasa dan saya harapkan anda semua berpuasa lah yer. hehe! Permulaan ramadhan yang sangat memberangsangkan terutama bagi blog darkbatman kerana untuk pertama kali dapat rasa mendapat 5000 Unique Visitor sehari dan rasanya bulan ogos ini dapat membebaskan kita semua daripada amalan yang tidak diingini. heh!

Sebelum ini, saya pernah mendapat 3000 unique visitor sehari dan alhamdulillah semakin hari, blog darkbatman semakin menampakkan tanda positif walaupun beberapa minggu ini, saya mengalami kehilangan mood berblogging kerana seseorang. Saya harapkan, dengan pencapaian darkbatman hari ini, dapat memotivasikan diri saya untuk kembali on track.

Beberapa hari ini, saya cuba kembali semula pada identiti saya terutama apabila melihat prestasi jejaka kacak ini dan juga awek cun ini. hehe! Sangat teruja dengan pencapaian diaorang dan harap – harap dapat setanding dengan mereka – mereka yang hebat ini.

Semalam, selain google yang memberikan unique visitor yang mencanak, salah seorang yang menyumbang traffic kencang darkbatman ialah bro eyriqazz. Thanx bro sebab linkkan entri untuk senarai buffet bulan puasa hari tu.

Apa pun, terima kasih untuk kawan – kawan yang sudi menjejakkan diri ke blog darkbatman dan tidak jemu menunggu entri – entri terbaru dari saya. hehe! Agaknya, bila la kan dapat berbuka puasa bersama – sama? Kali ini, jemputan nuffnang untuk berbuka puasa tak dapat saya nak join memandangkan saya tiada kereta untuk menyertai diaorang. Sedihnya tak terkira! Akak Sumijelly, jangan lupa tapau untuk aie banyak- banyak yer. hehe!

I Love Nuffnang!

Cara Mudah Membentuk Badan

Salam kepada pembaca darkbatman. Hari ini saya kembali lagi untuk segmen tips kesihatan bersama darkbatman. hehe! Sebagai lelaki yang mementingkan penampilan, mempunyai bentuk badan yang seksi dan menukarkan daripada six spec kepada six pack semestinya menjadi impian semua jejaka kacak. heh! Kalau anda sudah kacak, anda boleh skip entri saya kali ini. ahaha.

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234Depan »