DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Seluar Jeans dan Cara Pemakaiannya

Salam semuaa..

Mungkin anda juga seperti kebanyakan lelaki lain iaitu mempunyai beberapa helai jeans dalam almari. Semestinya jeans itu menjadi pakaian harian mahupun hujung minggu yang paling selesa. Biarpun anda menyukai jeans tersebut, namun mungkin anda pernah menghadapi masalah tidak tahu bila untuk memakainya dan apa padanan sesuai untuk digayakan. Saya kongsikan panduan untuk mengayakan jeans pilihan anda mengikut kesesuaian majlis.

1. Semua jeans tidak direka sama. Ada jeans yang direka sangat kasual dan ada yang sesuai untuk gaya smart casual. Oleh itu, pastikan anda mempunyai kedua-dua jenis jeans ini di dalam almari pakaian. Jeans kasual lebih pudar, berkedut dan mungkin juga sedikit koyak. Manakala jeans berwarna gelap dengan potongan yang kemas lebih sesuai untuk acara yang semi formal.

2. Sehelai jeans tidak akan menyerlah tanpa padanan yang sesuai. Apa yang anda suaipadankan dengan jeans akan menonjolkan diri ataupun menjadikan anda kelihatan terlalu kasual. Padanan jeans dengan kemeja button-down jenis slim fit membuatkan anda menyerlah dan sesuai untuk temujanji kasual. Sesuai juga untuk ke pejabat jika anda bekerja di bidang kreatif dan pada sebelah malamnya, gayakan dengan jaket kasual.

3. Gayakan jeans rona gelap anda dengan blazer. Ini akan menonjolkan diri dengan gaya yang lebih kemas dan anda kelihatan sangat moden apabila digayakan dengan sepasang kasut sesuai.

Incoming search terms:

Tips Memilih Kemeja Lelaki l Panduan Wajib Baca

 

Salam semuaa.

Kalau perempuan rasa tidak lengkap tanpa dress dan skirt dalam almari, lelaki juga sebenarnya sama juga begitu cuma bukanlah penuh dengan skirt tapi memiliki pakaian formal terutamanya kemeja dengan potongan tepat. Kali ini, saya nak bagi tips untuk memilih kemeja yang terbaik supaya nampak lebih menarik;

 

Tukang Jahit

Menjadi keutamaan bagi anda memilih tukang jahit yang benar-benar anda percaya. Survey dulu beberapa butik yang berpengalaman mereka dan menjahit pakaian formal. Kemudian buatlah pilihan tepat. Daripada perbualan awal tentang gaya, anda sudah boleh menilai tahap kepakaran seseorang tukang jahit. Lihat juga koleksi rekaan mereka sama ada ia menepati citarasa anda atau tidak. Tukang jahit yang baik tentu saja dapat mencipta gaya yang anda inginkan tanpa berdolak-dalih.

Fabrik

Pemilihan fabrik adalah elemen penting dalam menentukan keselesaan anda sebagai si pemakai. Pilihan kain kapas adalah yang paling sesuai untuk kemeja. Material yang lembut, kuat dan anti-kedut juga adalah alasan kapas sering menjadi pilihan tukang jahit untuk membuat kemeja. Italian Cotton adalah pilihan kebanyakan pereka fesyen antarabangsa. Namun bergantung juga kepada majlis yang anda ingin kunjungi. Pemilihan satin yang lebih lembut mungkin lebih sesuai untuk majlis makan malam. Jika anda tidak berani bermain dengan material, kemeja berfabrik kapas sudah cukup untuk anda kelihatan hebat!

Kolar
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar. Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.

Corak
Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti Windowpanel dan Pastel.

 Warna
Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Kita boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.

Saiz
Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.

Incoming search terms:

Tips Memilih Tali Pinggang Lelaki

 

Salam semuaa..

Tali pinggang adalah kunci aksesori dan fesyen pada penampilan lelaki supaya kelihatan lebih bergaya dan maskulin. Hari ini, ciptaan tali pinggang hadir dalam pelbagai rekaan dan rangkaian. Anda perlu memakainya ke tempat kerja dengan mengikut jenis kod etika berpakaian dan amat penting untuk ketahui dan belajar tentang pemakaian tali pinggang yang betul.

Nak kelihatan menarik, anda perlu memilih tali pinggang terbaik tapi bagaimana? Saya kongsikan sedikit tips untuk anda yang keliru ataupun baru nak berjinak – jinak menjadi MASKULIN.

1. Jenis tali pinggang
Hanya dua jenis tali pinggang yang perlu anda tahu iaitu Kasual dan formal. Bagaimana untuk mengetahui mana satu tali pinggang kasual, mana satu formal? Secara logiknya, anda boleh bezakan kedua-duanya. Masih belum pasti? Baiklah, tali pinggang dengan ukuran lebar bermaksud ia adalah tali pinggang kasual. Ia juga bertekstur, lebih lembut dan flat. Tali pinggang formal pula biasanya berkilat dan perincian penyudahnya kemas. Untuk menjadikan anda seorang yang berfesyen, pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya satu dari kedua-dua jenis ini. Jangan kedekut!

2. Warna utama

Sama seperti membezakan tali pinggang formal dan kasual, memilih warnanya juga amat mudah. Hanya terdapat tiga warna utama yang harus anda tahu. Hitam, coklat dan gelap. Seharusnya anda memiliki tali pinggang kasual dan formal dalam kesemua warna ini. Di pasaran banyak tali pingang kanvas dijual dalam aneka warna. Dari label berjenama yang tidak perlu diragui kualitinya sehinggalah jenama biasa. Tali pinggang dalam rona terang mungkin sesuai jika anda masih muda remaja, tetapi bagi kebanyakan orang, ianya hanyalah satu trend yang bersifat sementara.

3. Saiz

Jangan tidak tahu, tali pinggang mempunyai pelbagai saiz yang sesuai dengan ukur lilit pinggang anda. Kebiasaannya tali pinggang menyamai saiz seluar iaitu 28 inci, 30 inci, 32 inci, 34 inci hinggalah lebih 50 inci.Sebagai contoh, andai saiz pinggang anda adalah 32 inci, pilihan terbaik untuk tali pinggang ialah bersaiz 36 hingga 40 inci.

4. Kesesuaian Majlis

Tidak bermakna mahal dan berjenama mewah sesuai untuk digayakan ke semua acara. Untuk acara formal, ideal memilih lebar tali satu hingga satu setengah inci. Bagi kategori kasual, pilihan tidak terhad.

5. Lubang Pada Tali

Lubang pada tali harus sesuai dengan lilitan pinggang. Jangan terlalu banyak tebuk hingga mencacatkan penampilan secara keseluruhan.

6. Pemilihan Gancu Tali Pinggang

Pemilihan gancu tali pinggang penting bagi mencerminkan keseluruhan gaya berfesyen. Jangan terlalu ghairah pada reka bentuk gancu tali pinggang hingga menjejaskan penampilan. Untuk ke acara kasual, orientasi gaya tidak terbatas. Bagaimanapun, hati-hati memilih gancu untuk disesuaikan pakaian ke acara formal.

Incoming search terms: