Salam semua..
Sebelum ini, saya ada bercakap mengenai soft skill atau lebih mudah difahami Keyakinan. Dengan hanya secebis keyakinan, kita mampu melakukan perkara yang mungkin terasa seperti mustahil di fikiran.
Dengan keyakina, kita mampu pergi lebih jauh dan mengenggam kejayaan yang diingini. Soft skill ini ada dalam diri semua orang termasuk saya. Apa kebenda soft skill ini? Soft skill ini adalah seperti kepimpinan, kerjasama dan public speaking yang boleh dipelajari di sekeliling kita. Walaupun hanya dengan menulis, dengan soft skill yang dah ada dalam diri mampu menarik reader untuk mengenali kita dengan lebih rapat.
Bila sebut tentang keyakinan, dalam kepala saya terus teringat kepada kereta Persona yang memperkenalkan lagu ‘Thannambikkai’ bermaksud konfiden. Lagu ‘Thannambikkai’ lebih kepada catchy dan menggembirakan apabila kita sedih selain memberi semangat menghadapi halangan yang ada untuk mencapai impian. Fuhhhh memang best!
Dalam video ‘Thannambikkai’ ini diselitkan dengan 3 kanak – kanak bertuah Narresh Meganathan, 10, Suriya Prakash, 11, dan Vishnupriya Tiyagaraja, 9 yang dipilih daripada 21 orang peserta ‘Persona – Talent Workshop’. Diberi latihan oleh by DJ Aanantha dan Lex iaitu jurulatih tarian, mereka menghabiskan masa sebulan bekerja keras dengan penuh keyakinan untuk menghasilkan video tersebut.
Seni dan muzik adalah elemen penting bagi kanak – kanak untuk lebih berkeyakinan di mana keyakinan adalah asas kesejahteraan dan kunci kepada kejayaan seorang dewasa. Atas matlamat ini, DJ Aanantha bersama proton menghasilkan video dan jualan akan disalurkan kepada 3 sekolah terpilih untuk membina kemudahan seni dan musik di sekolah tersebut.
Muzik Video ini, anda boleh perolehi dengan harga hanya Rm20.00 di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), The Actors Studio at Lot 10 Rooftop, dan Temple of Fine Arts selain boleh melayari http://lifestyle.proton.com.
Sama – sama kita menyokong dan membeli muzik video ‘Thannambikkai’ dan menjadi sebahagian daripada sebab untuk membantu generasi muda dalam muzik dan seni.







