Salam semua..
Nak kuruskan badan salah satu caranya adalah dengan meningkatkan kadar metabolisme badan. Mungkin ramai yang dah tahu tapi tak salah berkongsi lagi sekali. Caranya?

1. Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kaloriwalaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.
2. Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.
3. Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.
5. Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajianmenunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.
6. Pedaskan masakan– Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang bolehmeninggikan kadar metabolisme.

7. Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.
8. Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula.
Incoming search terms:
Salam semua.
Pernah minum teh tarik 3 layer? Kebanyakan sekarang ini, kat mana – mana kedai jarang takde Teh Tarik yang banyak layer tapi hari ini saya nak share kandungan kkal yang ada dalam minuman kegemaran ramai.

Segelas teh tarik 3 layer memerlukan sekitar 3 sudu makan susu pekat manis. Jumlah tersebut mewakili 15g gula, 2.4g protein dan 2.4g lemak. Dengan tenaga sebanyak 91kilokalori, anda perlu menari atau berenang selama setengah jam atau mungkin berkebun?
Tapi itu baru jumlah dari susu pekat manis dan macam mana pulak dengan tiga sudu gula melaka yang turut dicampurkan? Ikut fajta, satu sudu makan gula melaka menyumbang 64kkal tenaga. Selain susu pekat manis dan gula melaka, teh uncang juga digunakan. Ini boleh menyumbang kepada kandungan kafein yang tinggi.
Jumlah anggaran tenaga dari Teh tarik 3 layer ini adalah 283 (kkal). Jadi, jangan terlalu mengambil minuman ini dengan kerap!
Incoming search terms: