Salam semua..
Anda pemain futsal sepenuh masa atau mungkin separuh masa? Mungkin futsal dah jadi sebahagian dari hidup anda tapi hari ini saya nak berkongsi tips memilih kasut futsal lelaki. Bercakap tentang kasut sukan, lelaki sanggup berbelanja besar demi kepuasan hobi yang diminati.

Keselesaan
Tidak kira seberapa cantik pun kasut itu berada di kaki jika anda tidak selesa memang takde guna membeli walaupun mahal. Kita perlu ingat bahawa kita hendak bermain futsal bukannya mengadakan fashion show jadi sebelum kita membeli kasut, dinasihatkan untuk mencuba terlebih dahulu. Kalau anda pilih kasut dekat Al-Ikhsan, tak perlulah nak malu-malu untuk cuba berlari di dalam kedai menggunakan kasut yang hendak dibeli. Rasakan kesesuaian kasut tersebut dengan kaki anda.
Jenis Padang
Kalaulah anda jenis selalu bermain atas turf sintetik grass (rumput tiruan kaler hijau) lebih baik anda memilih kasut tapaknya ada spike. Biasanya padang sintetik macam ni licin dan tidak sesuai menggunakan kasut yang bertapak getah bewarna coklat tu. Kalau kasut yang dipakai ada spike, keberangkalian tergolek atas padang dan dijadikan bahan ketawa pasukan lawan adalah rendah.

Tapi kalau anda selalu main kat atas flat field (court FIFA yang warna biru) sebenarnya tak sesuai untuk anda menggunakan kasut yang ada spike. Spike akan lebih mencengkam court berbanding membantu anda untuk melonjak. Maksudnya kat sini, anda akan selalu tergolek kat atas court biru itu. Look, maksud spike kat sini bukan kasut spike yang pakai masa berlari acara balapan untuk wakil sekolah dulu-dulu tu ok?
Harga
Sebenarnya kalau anda membeli kasut berjenama sekalipun tetapi tak melihat pada ciri – ciri penting untuk bermain kat padang rasanya mahal tu hanya sia – sia. Harga kasut tak melambangkan kualiti yang dimiliki. Pilihla kasut yang mempunyai harga berpatutan.
Incoming search terms:
- kasut futsal (114)
- kasut spike murah (78)
- kasut nike terbaru 2012 (66)
- harga kasut futsal di al-ikhsan (42)
- kasut futsal online (38)
- kasut futsal al ikhsan (31)
- jenis kasut lelaki (23)
- kasut spike (23)
- nike gato futsal (22)
- tips memilih kasut futsal (22)

