DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kenapa Salahkan Nuffnang Bila Tak Dapat Buffered Earning?

 

Salam semuaa..

 

 

Haaaa, sebut pasal nuffnang dan buffered earning laju jer anda klik kan? Kehkehkeh! Hari ini saya nak berkongsi sikit pasal buffered earning memandangkan ramai blogger baru yang meluahkan rasa tak puas hati kat ‘’nuffnang’’ dalam blog tak dapat BE. ‘’macam dah jadi trend pula sekarang ini dikalangan blogger’’ 

 

Trafik dah Riban tapi trafik rendah jugak yang dapat BE?

Sebenarnya, apa yang kurang ‘’kesabaran dan strategi’’. Dulunya, saya sendiri pernah mengeluh 6 bulan tak dapat buffered earning sedangkan traffic berbulan – bulan dah riban-riban. Kecewa tak terkata bila blogwalking jer, asyik terbaca blog yang dapat BE. Hancur luluh dibuatnya tapi..

 

Trafik tinggi atau rendah bukanlah jawapan kenapa BE tak melekat dalam blog anda. Sebenarnya, jawapan kepada apa yang anda cari adalah ‘’kerap update survey’’ dalam kategori blog manager anda. Selama 6 bulan tak pernah sekali saya menukar survey sehinggalah bertukar domain pluss mendapat nasihat daripada orang nuffnang dan akhirnya 10 Buffered Earning melekat dalam darkbatman.com.

 

Setiap entri saya tentang BE, hampir semua saya tekankan untuk update survey dan sehingga hari ini, blog ini masih belum putus dengan BE. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang datang. Kehkehkeh!

 

Keghairahan berblog + Mengejar Trafik + Duit.. Duit… Duit..

Saya akui dulunya saya pun ghairah ‘’fuhhh ghairah tuuuu’’ menulis dan hampir siang malam hanya untuk blog. Setahun berlalu, saya mula fikir niat utama ‘’kenapa saya memilih berblogging’’ kerana makin lama ramai blogger baru yang hilang identiti ‘’mengejar duit’’.

 

Teringat pada nasihat Mel Romeo time awal berblogging dulu ‘’gila blogwalking dan update blog’’ kerana kejarkan traffic dan keseronokan berblog. ‘’bro,jangan terlalu ghairah berblog takut nanti cepat bosan’’. Sebulan dua memang tak terasa dengan nasihat sifuku sehinggalah 9 bulan berblog baru saya akui kebenaran kata – kata mel romeo.

 

Setahun berblogging, baru kita akan nampak blogger yang mampu bertahan dan serius berblogging kerana orang kata ‘’berblogging ini ada pasang surutnya’’. Bagi saya, jangan salahkan nuffnang sekiranya earning anda sikit dan buffered earning tak melekat kerana ‘’rezeki takkan datang bergolek melainkan disertai dengan usaha bukan nafsu berbakul – bakul’’. kehkehkeh!

 

Kerana duit, kita akan kecewa blog tak dapat hasil. Kerana duit, prinsip berblog terpesong jauh. Kerana duit, perkongsian bukan lagi menjadi perkara utama.

 

P/s: Kenapa saya memilih nuffnang? Meh baca entri genap 10 bulan darkbatman bersama nuffnang. Setuju dengan entri tiada jalan mudah untuk menjadi blogger berjaya dan jangan tersalah niat apalagi menyalahkan pihak lain apabila usaha tak menjadi. Tiada kejayaan sebelum kegagalan.! 

10 Buffered Earning untuk Julai 2010!

Salam kepada pembaca aie aka darkbatman. Bulai Julai merupakan bulan bertuah saya kerana pertama kali mendapat 10 buffered earning yang tak penat keluar masuk dan juga mendapat advertorial untuk pertama kalinya. hehe! Alhamdulillah.

Sebelum ini, saya agak risau kerana kekangan buffered yang tak sudi nak melekat di blog darkbatman tapi akhirnya buffered sudah mula menyerang ke sini. hehe! Sebelum itu, saya nak ucapkan tahniah kat bro jejai yang mendapat advertorial untuk bulan julai juga. Congrates bro! Sangat kagum! hehe!

Selama berblogging ini, rakan – rakan blogger sebenarnya sangat membantu saya terutama darisegi traffic dan juga content blog. Bagaimana untuk mendapat buffered? Sebelum ini, saya sangat kerap menukar update survey iaitu seminggu sekali. hehe! Jawapan saya ”Dont try this at ur blog”. ahahaa.

Apa yang saya buat sebelum ini adalah, kerap update dan sepatutnya menunggu sehingga 2 minggu dan baru lah menukar survey yang baru. Apa yang perlu ditukar? Pada bahagian kategori, anda perlu sentiasa menukar dengan kategori yang berlainan dan cara mudah untuk mendapat buffered? hehe! Anda rajin – rajinkan diri bertanya dengan pemilik blog yang mempunyai buffered yang banyak dan cuba ikut survey kategori yang dibuat. Taraaaa…