DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips Menjaga Kucing Mengandung l Bella vs Juliet

 

Salam semuaa..

Rasa macam pelik pun ada bila letak tips menjaga kucing mengandung. Kehkehkeh! Kali ini sekadar berkongsi cara menjaga kucing parsi yang mengandung memandangkan seekor dah meletup.

Cara nak menjaga ibu kucing ini tak sukar sepertimana nak jaga kucing yang dahpun bersalin. Tempoh kucing mengandung biasanya mengambil masa 2 bulan – 2 bulan 1/2 dan biasa seminggu selepas mengawan, saya akan terus kira waktu untuk mak labu ini meletup. Kehkehkeh!

Bukan apa, kalau time dia nak bersalin tiba – tiba pulak datang hal yang tidak dijangkakan? Haaa parah jugak! Kucing parsi tak semuanya pandai nak jaga anak terutama sewaktu beranak. Ada yang memang tak tahu nak potong talipusat dan ada yang tak pandai nak dukung anak. Kehkehkeh!

Selalunya, sewaktu kucing ini mengandung, saya tukarkan makanan biasa kepada makanan anak kucing supaya kitten mendapat protein lebih disertakan dengan susu. Sekali dua memang kucing ini akan menolak tapi kalau anda buatkan susu yang pekat dan kerap suapkan dulu, kali keempat tu tak payah tunggu kita suap. Dia sendiri datang nak minum. Kehkehkeh!

Kucing ini biasanya berdisiplin. Kalau kita bagi makan pukul 8 pagi esoknya mestilaa kena waktu yang sama supaya baby ini mendapat nutrien yang secukupnya. Seeloknya kalau kat rumah tu ada binatang kecik seperti lipas, cicak dan serangga yang tidak diingini, jangan lupa bersihkan kerana kucing parsi ini sangat sensitif pada serangga kecil dan mudah terkena jangkitan kuman.

P/s: Susahnya nak jaga anak kucing baru lahir. Haihhhhhh!

Incoming search terms:

Kecik-kecik tunjuk taring nampak???

 

Salam semua…

 

Semalam saya ada membelek-belek kamera DSLR yang adik selalu guna dan bawa ke sana sini. Banyak juga gambar blogger. Rupanya adik ada join mini gathering blogger di Mid Valley lebih kurang seminggu lepas.

 

Satu demi satu gambar saya belek. Kelakar lah gelagat blogger ni semua. Kehkehkeh. Satu kejutan yang saya jumpa dalam kamera tu, ialah gambar-gambar panasssss! Kehkehkeh.

 

 

Bandar Kuala Lumpur-20110529-00202

Wahhh budak kecik mana yang larat usung DSLR besar gabak tuh? Kehkehkeh. Bukan lagi gayanya ambil gambar orang! Kecik-kecik cili padi ye. Jangan disangka budak kecik tak reti tunjuk minat. Kehkehkeh. Jom tengok gambar apa yang budak ni ambil.

 

 

DSC_1500

Oooo ini rupenye keje budak nih! Kecik-kecik dah pandai skodeng! Mungkinkah sebab beliau pernah baca entry Darkbatman Si Kaki Skodeng ??? Kehkehkeh. Setelah puas saya mencari, rupanya gadis manis dalam gambar ni ialah blogger yang bernama Miss Genit.

 

 

DSC_1584Fahmi Mahat

 

DSC_1623

Hah dah ni kenapa? Kehkehkeh. Ini pulak blogger yang terkenal dengan nickname Akmal Hilmi si LELAKI SEKSI. Errr seksi ke? Kehkehkeh. Sebelum ni dah pernah jumpa Akmal ni masa shooting vlog pertama bersama 1tube di Bukit Bintang.

 

 

Bandar Kuala Lumpur-20110529-00191Gigih aje Kyerull berposing. Kehkehkeh.

 

DSC_1586

Eh ehhh Nisa Kay pun ade. Kehkehkeh. Saya percaya gambar ni candid, tapi siapa tak tahu kan aksi Nisakay bila nampak lensa kamera. Cepat aje posing. Kehkehkeh.

 

 

Bandar Kuala Lumpur-20110529-00214

Percaya tak gambar-gambar di atas di ambil oleh anak buah saya yang baru berumur 6 tahun ni? Pada mulanya saya pun tak percaya! Tapi mungkin blogger yang datang gathering di Mid Valley boleh jadi saksi. Kehkehkeh.

 

Beginilah gelagatnye ke hulu ke hilir mengusung DSLR. Suka betol dia ambil gambar. Bila DSLR diambil dari tangan dia, dia merengek minta kamera handphone pulak. Hebat betul! Agak-agak besar nanti ada harapan nak jadi photographer handal tak? Kehkehkeh

 

 

 

P/S : Kalau anak-anak tunjuk minat dari kecil why not kita galakkan? At least dah besar nanti ada extra skill. Ye tak? Kehkehkeh

Incoming search terms:

Suzuki Alto 2010 l Kompak Kukuh Suzuki

Suzuki nampaknya akan memasarkan keluaran terbarunya iaitu Suzuki Alto di Malaysia dan rasanya nama Suzuki dah sinonim dengan kereta kompak yang mendapat sambutan hangat di negara ini. Mungkinkah Alto bakal menewaskan kehebatan proton waja baru yang akan dikeluarkan oleh proton disember ini?

Model Suzuki Alto diimport CBU sepenuhnya dari kilang pengeluaran di Maruti, India dan merupakan sebuah model yang menjimatkan petrol. Alto didatangkan dengan enjin serba baru tiga silinder K10B. Enjin satu liter itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 67hp @ 6,000rpm dan tork maksimum 90Nm @ 3,400rpm.

  • GA manual-RM 44,888
  • GLX automatic –RM 49,999
  • GXS automatic- RM 54,888

Antara ciri menarik kereta itu adalah penggunaan suspensi depan topang MacPherson dan tiga link rigid axle untuk roda belakangnya. Sementara aspek COD (Coinfience of Drag) hanyalah 0.30 sahaja. Saya rasa lebih bagus daripada viva kot?

Alto hadir dengan kemasan empat warna yang menawan diinspirasikan dari alam semulajadi seperti Fortune Rose Pearl Metallic (merah ros), Paradise Blue Pearl Metallic (lautan), Desert Brown Metallic (tanah), dan Healing Green Pearl Metallic (hutan).

P/s: Bagi saya, Alto ini lebih sesuai digunakan oleh kaum wanita kerana mudah nak parking. Bukan saya mengata kaum wanita tak pandai parking tetapi kereta kompak seperti Alto memudahkan mereka yang takut nak masuk lot parking kecik yang biasanya dimonopoli oleh kaum wanita. ahaha.

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »