DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Lelaki Metroseksual Semakin DiMinati

 

Bak melangkah keluar daripada kepompong lama, semakin hari terserlah kemahuan lelaki untuk tampil lebih kacak dan bergaya. Jika suatu ketika dulu, soal gaya atau berdandan menjadi janggal dalam dunia lelaki, perubahan semasa dan gaya hidup sukar disangkal.

Penggunaan pencuci muka, penyegar, mencukur bulu kening dan pelembap bibir, semua itu adalah senario biasa dalam dunia jejaka moden hari ini. Istilah metroseksual yang diambil daripada maksud Yunani adalah menggambarkan lelaki heteroseksual metropolitan yang menjaga penampilan diri dari semua aspek seperti mana lelaki urban.

Tidak saja lambakan produk penjagaan wajah bermula daripada pencuci muka, krim anti penuaan, krim pelembap mata, pupur hinggalah kepada set bercukur yang kini sudah dikenali lelaki. Malah, golongan lelaki yang suatu ketika dulu cukup ‘geli’ apabila diminta menyapu losyen tangan kini tanpa segan selesa berkunjung ke pusat rawatan spa atau melakukan rawatan kuku.

Biar apapun tanggapan atau istilah metroseksual mengikut pemahaman diri, tidak salah rasanya golongan lelaki menyahut perubahan dari segi penampilan. Tidak perlu terburu-buru untuk melakukan transformasi, memadai andai menggunakan pencuci wajah. Sedikit alternatif dilakukan, tentu ada perubahan di kemudian hari.

Incoming search terms:

!!..No Sweat..!!

Salam untuk semua pembaca setia saya aka Darkbatman. No sweat? Apa kebenda tu? ahaha. No Sweat nie dalam bahasa kita makna nya tidak berpeluh. Erkk, ada sesiapa yang tidak pernah berpeluh? Sila angkat kening anda yer. ahaha. Beberapa hari ini, apabila blogwalking, pastinya akan terjumpa entri tentang no sweat dari nuffnang ini.

Sebenarnya saya merupakan peminat fanatik pada barangan adidas dan setiap keluaran terbaru daripada adidas pasti nya akan menjadi milik saya. Sesuai dengan hobi saya yang suka melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh, adidas umpama memahami isihati saya yang sudah lama menunggu product deodorant ini. ahaha.

Teruskan Membaca