DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

3 Ekor Anak Kucing Comel l Sox, Romeo vs Junior

 

3 ekor anak Juliet vs Romeo dah semakin membesar. Dalam tak sedar, umur mereka dahpun nak masuk 2 bulan. Alhamdulillah masih lagi sihat dan cergas walaupun saya kekurangan masa nak menjaga dengan elok.

Dari kiri spot Sox, Romeo, dan Junior yang menguap. Dalam 3 ekor ini, semuanya aktif cuma Sox agak pasif lately dan paling kurus antara semua. Sebelum ini, Romeo Jr paling gemuk tapi takhta gemuk dah dapat kat Junior.

Bila tido, 3 ekor anak kucing comel ini akan tido bersama dan selalunya akan baring atas badan salah sekor antara diaorang. Setakat 2 bulan bersama, bab toilet memang bagus takde kencing merata – rata. Tak bestnya, bulu kucing boleh tahan banyak gugur atas sofa. Kira antara keburukan nak jaga kucing ini, sofa memang akan menjadi messy sikit. Tapi kalau dah nama pencinta kucing, semua itu boleh pandang sebelah mata.

 

 

 

 

 

Incoming search terms:

Aksi Manja Si Bella

 

Salam semuaa..

Agak lama tak update perkembangan terbaru si Bella yang kini tengah preggy anak Hero. Sekarang genap setahun umur Bella bersama saya.

Aksi manja di atas sofa

Buat masa ini, saya terpaksa asingkan Hero yang asyik nak mating memandangkan Bella pun tengah preggy. Juliet pulak baru 2 bulan bersalin jadi dalam rumah ini tak memerlukan kucing jantan melainkan anak – anak Juliet yang comel.

Spot Junior, Romeo dan Bella. Happy Family!

P/s: Hopefully, 3 ekor anak Juliet akan hidup lebih lama.

 

Incoming search terms:

Aktiviti si comel bila waktu tengahari

 

Salam semuaa…

 

Hari ni saya sempat balik kejap ke rumah nak berehat-rehat. Sampai je di rumah, saya tengok kucing “bergelimpangan” di sana sini. Kehkehkeh!

 

IMG_2006

Tengoklah si Jacky ni. Dulu kecik dan kurus aje badannya. Tapi lepas diberi formulated milk setiap hari….

 

 

DSC_0325

Bulat jadinya kucing saya yang seekor ni. Kehkehkeh!!! Bila dah bulat, Jacky ni lebih suka bersenang-lenang aje di bawah kipas. Maklumlah cuaca pun panas kan sekarang.

 

 

DSC_0329

Setiap hari macam ni ajelah aktivitinya bila takde orang di rumah. Hanya “bergelimpangan” di atas lantai. Kehkehkeh. Bila dia baring menelentang, saya golek-golekkan dia atas lantai. Tapi sikit pun dia tak bergerak.

 

Tapi selalunya Jacky suka naik atas badan saya atau menggeselkan mukanya di lengan saya bila saya baring. How cute! Geram pulak saya. Kehkehkeh!

 

 

 

DSC_0335

Abangnya si Heero, ambil port baik punye kat belakang sofa. Apa lagi, “membuta” je la kejenye. Kehkehkeh! Kadang-kadang puas jugak cari Heero ni. Selalunya dia suka baring di pintu dapur. Mungkin sebab kawasan tu lebih gelap, lembap dan sejuk.

 

 

DSC_0340

Tapi sekarang dia dah ade port baru. Belakang sofa, betul-betul tepi tingkap. Mungkin sebab kat situ lebih privasi untuk bersantai-santai. Takpun dia suka kawasan yang takde orang ganggu. Kehkehkeh.

 

Yang seekor ni pun bulat sungguh badannya Tak sia-sia bagi susu setiap hari. Tapi pemalas pulak jadinya. Kehkehkeh!

 

 

 

DSC_0344

Bella pulak, menjalankan tugasnya sebagai ibu. Kehkehkeh. Sekarang ni memang saya terpaksa kurung Bella dalam bilik aje. Biar dia jaga dan menyusukan anaknya yang dua ekor tu.

 

Yang si kembar Jacky dan Heero memang saya larang masuk bilik. Kehkehkeh. Risau apa-apa jadi pada si kecik dua ekor ni. Maklumlah, si Heero ni pantang sikit nampak benda kecik yang bergerak-gerak.

 

 

 

P/S : Lepas ni akan dapat anak kucing lagi. Rasa macam nak jual pulak. Kehkehkeh.

Incoming search terms: