Salam semuaa.

Sebelum ini, saya banyak post artikel tentang kucing dan ramai yang tanya tentang macam mana nak bagi kucing gemuk dan sihat. Nak kata saya selalu jaga cara kucing makan tu takdelah sangat cuma apa yang kita bagi dia makan itu yang menentukan kegemukan mereka.
Dari umur anak kucing seminggu, saya dah mula ajar dorang minum susu Neu Zea. Selama setahun lebih membela kucing, Neu Zea antara susu kucing yang terbaik cepat gemukkan kucing. Cepat jugak buat kucing anda montel dan bulat.
Dalam 3 hari, kalau Neu Zea diberi secara konsisten, kucing anda akan terus nampak gemuk. Tak perlu bagi makanan kucing secara kerap dah lepas ini.
Incoming search terms:

3 ekor anak Juliet vs Romeo dah semakin membesar. Dalam tak sedar, umur mereka dahpun nak masuk 2 bulan. Alhamdulillah masih lagi sihat dan cergas walaupun saya kekurangan masa nak menjaga dengan elok.

Dari kiri spot Sox, Romeo, dan Junior yang menguap. Dalam 3 ekor ini, semuanya aktif cuma Sox agak pasif lately dan paling kurus antara semua. Sebelum ini, Romeo Jr paling gemuk tapi takhta gemuk dah dapat kat Junior.

Bila tido, 3 ekor anak kucing comel ini akan tido bersama dan selalunya akan baring atas badan salah sekor antara diaorang. Setakat 2 bulan bersama, bab toilet memang bagus takde kencing merata – rata. Tak bestnya, bulu kucing boleh tahan banyak gugur atas sofa. Kira antara keburukan nak jaga kucing ini, sofa memang akan menjadi messy sikit. Tapi kalau dah nama pencinta kucing, semua itu boleh pandang sebelah mata.
Incoming search terms:
Salam semuaa..

Juliet aka kucing parsi kesayangan saya yang kini dahpun sebulan menjadi ibu kepada Romeo Jr. Biasanya selepas bersalin, bulu kucing akan gugur tapi alhamdulillah Juliet bebas dari masalah keguguran bulu ye! Kehkehkeh!

Sebulan pertama menjadi ibu muda, menyusu anak pun malas dan jarang menghabiskan masa dia bersama anak – anak. Hopefully, kesemua anak Juliet akan sihat dan gemuk. Kehkehkeh!
P/s: Malam ini keberangkatan kaum kerabat Juliet sekeluarga balik kampung. Yahuuuuuuuuuuuuuu nak raya! Kehkehkeh!
Incoming search terms: