DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips Menjaga Kucing Mengandung l Bella vs Juliet

 

Salam semuaa..

Rasa macam pelik pun ada bila letak tips menjaga kucing mengandung. Kehkehkeh! Kali ini sekadar berkongsi cara menjaga kucing parsi yang mengandung memandangkan seekor dah meletup.

Cara nak menjaga ibu kucing ini tak sukar sepertimana nak jaga kucing yang dahpun bersalin. Tempoh kucing mengandung biasanya mengambil masa 2 bulan – 2 bulan 1/2 dan biasa seminggu selepas mengawan, saya akan terus kira waktu untuk mak labu ini meletup. Kehkehkeh!

Bukan apa, kalau time dia nak bersalin tiba – tiba pulak datang hal yang tidak dijangkakan? Haaa parah jugak! Kucing parsi tak semuanya pandai nak jaga anak terutama sewaktu beranak. Ada yang memang tak tahu nak potong talipusat dan ada yang tak pandai nak dukung anak. Kehkehkeh!

Selalunya, sewaktu kucing ini mengandung, saya tukarkan makanan biasa kepada makanan anak kucing supaya kitten mendapat protein lebih disertakan dengan susu. Sekali dua memang kucing ini akan menolak tapi kalau anda buatkan susu yang pekat dan kerap suapkan dulu, kali keempat tu tak payah tunggu kita suap. Dia sendiri datang nak minum. Kehkehkeh!

Kucing ini biasanya berdisiplin. Kalau kita bagi makan pukul 8 pagi esoknya mestilaa kena waktu yang sama supaya baby ini mendapat nutrien yang secukupnya. Seeloknya kalau kat rumah tu ada binatang kecik seperti lipas, cicak dan serangga yang tidak diingini, jangan lupa bersihkan kerana kucing parsi ini sangat sensitif pada serangga kecil dan mudah terkena jangkitan kuman.

P/s: Susahnya nak jaga anak kucing baru lahir. Haihhhhhh!

Incoming search terms:

Si Bunting Bella..

 

Salam semuaa..

Dua bulan sebelum ini, bella kesayangan saya ini dahpun lahirkan anak kucen yang comel tapi malangnya, disebabkan saya tak asingkan anak bella dengan anak julie, akibatnyaaa saya hilang kedua – duanya sekali. Sedih jangan cakaplaaaaaa.

Tapi kali ini kesedihan saya terubat apabila bella si bunting ini mengandung lagi sekali. Wohoooo tak lama lagi dapat anak baruu. yahuuuuu!

 

Kucing biasanya mengandung selama 2 bulan setengah jer so pertengahan bulan 9 nanti meletuplaaa si bunting ini. Rupanya bukan senang nak jaga anak kucen yang baru lahir. Kehkehkeh!

 

 

 

P/s: Juliet nampaknya dah nak sampai masa. Haihhhhh penuhlaaa anak kucen nanti. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Permainan Video untuk Kucing

Teruja apabila melihat permainan untuk kucing dicipta oleh Sebuah syarikat komputer tablet iPad. Satu video promosi permainan itu menunjukkan haiwan tersebut seolah-olah ‘terpukau’ dengan imej tikus yang muncul di skrin iPad.

Kucing itu cuba untuk menangkap tikus yang terdapat dalam permainan tersebut. Selain tikus, aplikasi permainan itu turut mengandungi satu cahaya laser yang menarik minat haiwan tersebut untuk menangkapnya.

Permainan ini boleh didapati secara percuma di iTunes Store keluaran Apple. Macam agak menarik!

Incoming search terms: