DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Sesi Hilangkan Sixpack di Club House

 

Salam semuaa..

Lama gila saya tak update sesi nak hilangkan sixpack tapi kali ni bertempat di Club House Damansara Damai. Biasanya saya jarang lebihkan makanan berat tapi tetap tak boleh skip sebab nak maintainkan badan, kalori intake perlu seimbang.

Saya cuma order Singapore noodle jer sebab tak berapa suka makan nasi. Makan kat sini memang berbaloi sebabnya menu tu hampir nak penuh 1 pinggan dengan harga murah gila. Nama jer Club House tapi harga baru jer Rm5.90. Murahhhhhh wooooooo! Kehkehkeh!

 

Nampak chicken wing ni adoi terus rasa lapar balik. Waaaaaa, nak keluar makan kejap lagi ini. Kehkehkeh!

 

Bab air buat pertama kali saya order Hazelnut Milk Chocolate. Kalau yang nak kurus, jangan cuba order air chocolate sebab banyak kalori walaupun cuma segelas air.

 

Tapi hari tu paling kelakar sebabnya boleh bawak skuter pink meredah hujan semata – mata nak makan kat Club House. Bertahun – tahun tak bawak motor sekali bawak skuter rasa macam keras jer lengan sebab dah lama gila tak merempit. Kehkehkeh!

 

 

 

P/s: Petang ni tak sabar nak pergi tengok perlawanan Malaysia vs Syria. Kehkehkeh!

 

Incoming search terms:

Gemuk atau Kurus pilihan Bina Badan?

 

Salam semua..

Persoalan mudah, antara orang yang berbadan gemuk dan kurus yang mana senang nak membina badan? Orang gemuk paling senang nak bina badan kerana badan mereka sudah mempunyai kalori cuma perlu ditukarkan kepada tenaga. Manakala orang kurus pula memerlukan kalori lebih jadi kena makan dengan banyak.

Siapa kata gemuk ini tak memberi kebaikan? Ada manfaatnya cuma jangan terlalu selesa.

Incoming search terms:

Cara Diet Nabi Muhammad

Salam semua..

Hari ini saya nak berkongsi cara diet Nabi Muhammad yang boleh kita amalkan selalu. Dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh main bantai saja ikut nafsu lapar.  Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan penyakit-penyakit lain apabila kita telah menginjak usia, bermula usia 40-an.

Ini pun adalah diet Rasulullah (s.a.w.) juga. Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanan baginda sehari-hari.

Apa kata kita amalkan diet ini, tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus! Insya-Allah kalau pembaca ikut diet Rasulullah ini berbahagialah anda.

1. Jangan makan SUSU + DAGING

2. Jangan makan DAGING + IKAN

3. Jangan makan IKAN + SUSU

4. Jangan makan AYAM + SUSU

5. Jangan makan IKAN + TELUR

6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

7. Jangan makan SUSU + CUKA

8. Jangan makan BUAH + SUSU contoh koktel, jangan makan buah-buahan selepas makan nasi, sebaliknya makan buah-buahan terlebih dahulu, selepas itu baru makan nasi.

9. Tidur satu jam selepas makan tengah hari.

10. Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

 

 

P/s: Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah SWT “Barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan Insya Allah, Allah SWT akan menggandakan 10 kali lipat pahala kepadanya”

Incoming search terms:

Muka Surat : « Undur12345678...22Depan »