DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

6 Cara Melegakan Otot Badan l Bina Badan

Salam semuaa..

Kalau anda membina badan pastinya setiap hari akan berusaha bersungguh – sungguh untuk mencantikkan otot yang dihasilkan. Tapi untuk kekal aktif dan sihat jangan lupa untuk rest secukupnya.

Namun, satu perkara penting yang anda lupa ialah untuk merehatkan otot (muscle relaxation). Bukan sahaja anda perlu merangsang otot untuk membesar, tetapi otot juga memerlukan rehat secukupnya untuk pulih dan menjadi semakin kuat.

1. Bernafas

Sebaik-baiknya, teknik bernafas dilakukan ketika proses pemanasan atau menyejukkan badan dalam sesi senaman. Fokuskan kepada cara mengawal pernafasan.

Tarik nafas dengan dalam dan perlahan, kira sehingga 4:4 saat dan lepaskan. Lakukannya beberapa kali dan ketika menghembuskan nafas, bayangkan segala ketegangan dan tenaga negatif mulai keluar daripada tubuh badan.

Bernafas sebegini dapat membantu meningkatkan tahap kepekaan tubuh dan minda, selain menumpukan tenaga anda kepada proses merehatkan otot.

2. Senaman regangan

Senaman regangan sering diabaikan sedangkan ia sangat kritikal dalam memulih dan mengurangkan kekejangan otot. Lakukan senaman regangan selepas bersenam ketika otot masih berada di peringkat ‘hangat’ dan senang dilenturkan.

Tahan setiap regangan dalam bilangan 15 hingga 30 saat. Lakukannya sehingga anda berasa otot selesa dan tidak lagi sakit.

3. Tidur

Siapa yang taknak tidur malam yang lena? Tidur bukan saja penting untuk kesihatan mental malah ia memberikan otot rehat yang secukupnya. Mengurangkan waktu tidur akan melambatkan proses pemulihan selain otot boleh menjadi sakit dan tegang.

Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari. Jika masa mengizinkan, lelapkan mata seketika selama 20 minit pada waktu petang.

4. Perancangan masa yang betul

Tidak kira berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk senaman, jika jadual harian tidak diatur sebaiknya, otot anda tidak akan dapat pulih secara optima. Hasilnya, anda akan berasa sakit dan otot menjadi tegang.

Apabila merancang untuk menyertai sebarang senaman berat, pastikan anda mempunyai masa sekurang-kurangnya selama sehari bagi mendapat rehat secukupnya. Berikan perhatian khusus kepada otot seperti trisep dan bisep, pastikan anda tidak terlebih dalam senaman yang disediakan.

5. Urutan

Urutan merupakan antara cara terbaik untuk melegakan otot. Dapatkan khidmat urutan daripada mereka yang benar-benar pakar dan lakukan urutan seluruh badan. Teknik ini boleh melegakan tisu dalaman otot yang sukar dilegakan menerusi kaedah harian lain seperti senaman regangan. Ketika mengurut, fokuskan juga kepada teknik pernafasan supaya otot menjadi lebih selesa.

6. Mandian sauna

Mandian sauna meningkatkan suhu tubuh, sekali gus melancarkan peredaran darah, selain membawa lebih banyak oksigen dan nutrien ke otot. Sebaiknya, mandian sauna dilakukan selepas habis senaman atau beberapa jam kemudiannya.

Teknik ini juga merupakan cara yang baik untuk rileks dan melegakan tubuh secara psikologi. Luangkan masa selama 10 hingga 15 minit, tetapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan tubuh menjadi terlalu penat. Jika anda mahu, lakukan juga senaman regangan yang ringkas, memandangkan otot berada dalam keadaan sangat fleksibel.

7. Meditasi

Selain bagus untuk melegakan tekanan, meditasi juga boleh merilekskan otot. Lakukan meditasi sebelum tidur kerana ia dapat memfokuskan tenaga mental dan menyediakan tubuh untuk berehat. Duduk di dalam bilik yang gelap, sunyi dan duduk dengan kaki bersilang. Boleh juga berbaring sahaja dan atur pernafasan.

Cuba tenangkan fikiran sebaiknya. Sebaik saja minda anda tenang, bayangkan otot itu menegang dan menjadi lega. Tarik nafas sedalamnya dan bangun perlahan-lahan. Otot pasti akan lega dan badan berada dalam keadaan tenang.

8. Senaman kardio ringan

Selepas mengangkat beban yang berat, lakukan senaman kardio ringan untuk melegakan otot. Ia mampu meningkatkan peredaran darah, memulihkan otot dan mengelakkan otot daripada terus kejang. Cuba berjalan di atas treadmill atau berbasikal secara ringan selama 10 hingga 15 minit selepas tamat sesi senaman. Ingat, pastikan latihan kardio ini tidak menjadi tekanan tambahan ke atas tubuh.

Selepas menjalankan sesi senaman, pastikan anda merehatkan otot. Masukkan teknik-teknik di atas ke dalam rutin harian, otot anda tentu akan pulih dan lega dengan lebih pantas.

Incoming search terms:

Senaman Membentuk Perut Bawah

OFF

 

Memiliki perut yang sempurna merupakan idaman hampir kesemua lelaki. Kalau diberi pilihan 6pax dan 1 pack rasanya 90% memilih sixpack. untuk perut yang sempurna memerlukan beberapa latihan senaman tapi kali ini sayaberkongsi tips senaman membentuk perut bawah. Kehkehkeh!

Untuk melatih perut bawah,yangperlu dilakukan adalah dengan mengetahui cara latihan ini, di mana orang belajar untuk meningkatkan kekuatan kaki dan otot perut. Ini dilakukan dengan berbagai jenis latihan kaki, dan latihan yang kompleks di mana lebih dari satu otot digunakan untuk melakukan gerakan. Berikut ini beberapa gerakan dasar untuk latihan perut bawah.

Leg Walks

Latihan ini dapat dilakukan dengan berbaring telentang, tangan diselitkan tepi pinggang untuk memastikan bahawa punggung lurus. Angkat kedua kaki tanpa menekan lutut dari lantai. Perlahan – lahan lepaskan satu kaki ke lantai, hingga hanya beberapa sentimeter dari lantai, pertahankan posisi ini selama beberapa minit dan bawa kaki kembali ke posisi 90 darjah. Ulangi gerakan untuk kaki yang lain. Latihan ini dapat diulang 8-10 kali untuk kedua kaki.

Reverse Crunch

Latihan ini harus dilakukan di atas decline bench. Baring di atas bench. Pastikan punggung tidak melengkung. Perlahan-lahan bawa lutut ke dada dengan mengkontraksikan otot perut bawah Anda. Lepaskan kaki dan ulangi beberapa latihan perut bawah yang lebih kompleks termasuk latihan seperti push up, pull up, squat dan sebagainya. Latihan-latihan ini, bila dikombinasikan dengan latihan kardio yang baik, dapat menjadikan mimpi anda untuk mendapatkan perut yang sempurna menjadi kenyataan. Selamat berusaha!

Incoming search terms:

Maksud Circuit Training

 

Salam semuaa.

Pernah anda dengar Circuit Training? Mungkin ada yang fikir circuit training seperti latihan litar lumba kereta tapi sebenarnya merupakan latihan yang menggunakan beberapa jenis alat senaman untuk melatih kardio sekaligus otot-otot pada tubuh. Secara ringkasnya, circuit training dilakukan menggunakan alat-alat senaman secara berganti.

Selepas anda selesai menggunakan semua alatan tadi bermakna anda telah membuat satu litar atau putaran latihan dan diulangi bagi melengkapkan putaran yang seterusnya. Jumlah alatan yang disediakan di gym adalah dalam lingkungan enam hingga 15 alatan. Alat – alat yang digunakan dalam circuit training merangkumi latihan – latihan yang melibatkan otot pada badan secara menyeluruh;

Alat latihan stamina

Alat latihan perut

Alat latihan lengan

Alat latihan betis

MORE PICTURES : LIKES FANPAGES DARKBATMAN.COM

 

 

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234Depan »