DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips Mengatasi Sakit Belakang

Salam semuaa..

Anda tahu tak sebenarnya anda merupakan salah sorang di antara 8-10 orang yang mengalami sakit belakang terutamanya kaum perempuan yang seringkali membawa beg besar dengan beban cukup berat, ditambah lagi memakai kasut tumit tinggi? Kali ni saya nak bagi Tips mengatasi sakit belakang supaya kekal sihat dan cergas.

Kurangkan kandungan beg
Hati-hati jika berat beg anda melebihi 10 peratus daripada berat badan. Ini petanda beg anda terlalu berat dan boleh menyebabkan sakit belakang. Bawalah barang yang anda yang penting dengan tas dengan betul. Jika talinya cukup panjang, bawalah beg menyamping dengan tali menyilang di dada. Pilih juga beg yang talinya agak lebar.

Tilam yang sesuai
Tidur di tempat tidur yang empuk memang selesa tapi tak terlalu baik untuk kesihatan tulang belakang. Jadi, pastikan tempat tidur yang anda tidur tidak terlalu empuk atau terlalu keras. Tilam yang baik adalah yang mampu menyokong tubuh secara stabil semasa tidur.

Ketatkan otot perut
Memiliki otot perut yang kuat boleh membantu melindungi punggung dari sebarang kecederaan. Lakukan saja latihan pelvis sebanyak 2 hingga 3 kali tiap minggu. Caranya, berbaring telentang dengan lutut ditekuk dan kaki menempel di tingkat. Secara perlahan-lahan tarik lutut mendekati perut, rasakan kontraksi pada perut dan pinggul harus diangkat sedikit dari lantai.

Pengambilan sayur-sayuran hijau
Anda pasti tahu bahawa kalsium adalah kunci untuk tulang yang kuat. Namun, para penyelidik Jepun mendapati ada satu pengambilan lagi yang sangatdiperlukan untuk menguatkan tulang, iaitu vitamin K. Vitamin ini banyak ditemui pada brokoli, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.Vitamin K juga berfungsi membantu simpanan kalsium dalam tulang sehingga membuatnya lebih padat.

P/s: Semoga memberi manfaat kepada anda.

Incoming search terms:

Video Senaman Menguatkan Otot

 

Salam semuaa..

Bagi mereka yang membina badan, mesti tercari – cari senaman menguatkan otot terutama bahagian bisep dan juga trisep. Bahagian otot ini agak sukar nak dapat melainkan kena pada cara latihan kuatkan otot.

Hari ini, bukan sekadar gambar tapi saya selitkan sekali video cara senaman menguatkan otot. Seperti yang telahpun saya terangkan dalam tips latihan split, nak kuatkan otot perlu pada bahagian otot yang besar dahulu.

Latihan ini melibatkan 3 bahagian otot iaitu bisep, front shoulder (bahagian depan bahu) dan juga trisep. Dengan latihan menguatkan otot yang dilakukan, otot bisep akan naik sebanyak 80%, front shoulder 50% dan trisep sebanyak 40% daripada dumbell yang kita gunakan. Fuhhhhhh rajin tak? Kena laaaahhh rajin baru ketul – ketul ye dak? Kehkehkeh!

Selalunya mula – mula memang rajin bak kata orang tua – tua ”hangat – hangat tahi ayam tapi bila dah terpijak mulalah disalahkan kaki yang berjalan”. Jangan harapkan hasil yang cepat kalau sekadar melepaskan batuk ditangga. Kehkehkeh!

P/s: Jom layan video saya untuk senaman menguatkan otot.

 

 

 

 

Incoming search terms: