DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Beza Latihan Interval dan Latihan Kardio

OFF

Latihan Kardio

Berjalan atau berjogging dengan kelajuan sederhana dalam tempoh 20-60 minit. Bagus dalam meningkatkan/mengekalkan stamina, atau dalam bahasa mudahnya, bagus untuk kesihatan jantung.

Latihan Interval

Melibatkan perubahan halaju (daripada perlahan kepada laju) secara berulang kali. Ia mampu meningkat metabolisma badan untuk satu jangka masa yang lama dan amat sesuai digunakan dalam proses menurunkan berat badan. Contoh terbaik latihan Interval adalah larian 100km/jam ehh maksud saya lumba lari.

Incoming search terms:

Latihan Mudah Bakar Kalori dengan Cepat

Salam semuaa..

Untuk menurunkan berat badan, idealnya anda perlu berlatih sekurang-kurangnya selama 45 ke 60 minit. erikut adalah 2 latihan yang boleh anda lakukan agar dapat membakar 300 kalori dalam waktu 30 minit atau kurang.

1.Berlari Di ’Treadmill
Latihan ini membantu membakar kalori sebanyak 9 kalori per minit. Dalam tempoh 30 minit, anda mampu membakar sebanyak 270 kalori. Mulakan dengan berlari dengan kelajuan5. Selepas seminit, tambah kelajuan menjadi 6, kemudian 7, 8 dan seterusnya 9 setiap seminit. Sewaktu berada pada kelajuan 9, berlarilah selama dua minit. Kemudian, turunkan kepada kelajuan 5. Ulanginya lagi dari tahap awal hingga 30 minit.

2.Stepper

Walaupun mekanisme peralatan ini membuatkan anda bergerak seperti menaiki tangga, tangan tidak terlalu banyak bergerak kecuali anda tidak memegang. Namun, anda harus menjaga keseimbangan tubuh. Untuk mencapai 300 kalori dalam tempoh 30 minit, anda perlu menetapkan alat ini kepada tahap5. Kekalkan tahap ini hingga selesai latihan. Sekiranya anda kepenatan, perlahankan langkah selama satu minit.

Incoming search terms:

Tips Tingkatkan Stamina?

Cepat berasa lenguh dan penat setiap kali berjoging sebenarnya tidak semestinya berpunca dari faktor usia atau cara pemakanan tetapi kebanyakannya disebabkan oleh tahap ketahanan kardiovaskular @tahap stamina yang lemah. Jom baca entri selanjutnya.

Terdapat beberapa cara untuk tingkatkan stamina ketika anda berjoging iaitu dengan cara latihan interval training. Apa itu interval training? haa, meh baca dengan penuh semangat. hehe! Interval Training kedengaran macam latihan sukar tapi sebenarnya teknik yang sangat mudah.

Mulakan dengan berlari selama 5 minit dan berjalan laju selama 5 minit. Pada set kedua, berlari selama 5 minit dan berjalan laju selama 4 minit dan seterusnya. Teruskan sehingga anda berlari laju 5 minit dan berjalan laju seminit. Kalau anda rajin, lakukan 4-5 kali seminggu dan pasti anda akan rasa perubahan nanti.

P/s: Takde cara mudah untuk dapatkan stamina lebih tanpa usaha lebih. Semuanya lebih! hehe.

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »