DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

3 Cara Menggunakan Wax Rambut

Salam semuaa..

Rambut merupakan senjata lelaki untuk memikat perempuan. Bukanlah saya kata takde rambut, perempuan tak suka tapi semakin rapi rambut dijaga semakin cerah peluang dimiliki. Kehkehkeh!

Gaya Pejabat 

Gaya ini memberikan impak sedikit basah dan sesuai untuk rambut tebal. Ia menimbulkan tekstur rambut agar kelihatan segar dan tidak keras.

 Langkah 1: Ambil wax dalam jumlah sedikit (separuh kuku) dan gosokkan pada tapak tangan.

 Langkah 2: Ratakan pada keseluruhan rambut.

Langkah 3: Tarik dengan tangan, rambut bahagian depan diturunkan menyentuh dahi manakala bahagian atas dicondongkan mengikut arah rambut pada dahi (ikut belahan rambut anda).

*Waktu menghasilkan gaya ini: Dua minit.

Gaya Kasual

MAHU kelihatan bergaya tetapi tidak terlalu ekstrem?

 Langkah 1: Ambil wax dalam jumlah sedikit (separuh kuku) dan gosokkan pada tapak tangan.

 Langkah 2: Ratakan pada keseluruhan rambut.

Langkah 3: Tarik dengan tangan, rambut bahagian atas diturunkan menghala ke depan dan rambut bahagian depan dinaikkan ke atas (90 darjah) sementara bahagian sisi (sideburn) diturunkan.

*Waktu menghasilkan gaya ini: Dua minit.

Gaya Rambut Pria 2011

 

Gaya Nakal (Funky)

JIKA ingin keluar bersosial bersama rakan-rakan terutamanya pada waktu malam, pastikan anda membentuk rambut  dengan gaya ini. Rapikan wax pada rambut anda yang mampu mengekalkan bentuk rambut yang digayakan kekal sepanjang malam.

Langkah 1: Ambil wax dalam jumlah sedikit (separuh kuku), tambah wax jika tidak cukup dan gosokkan pada tapak tangan.

Langkah 2: Ratakan pada keseluruhan rambut.

Langkah 3: Bagi mendapatkan rambut cacak (spiky), tarik semua bahagian rambut ke atas (90 darjah) termasuk rambut bahagian belakang.

Langkah 4: Pintalkan (twist) hujung rambut agar tekstur rambut kelihatan.

*Waktu menghasilkan gaya ini: Tiga hingga empat minit.

Incoming search terms:

Tip Tabiat makan sihat untuk kesihatan

Salam semuaa.

Mengambil makanan yang sihat dan tabiat makanan yang sihat dengan kombinasi makanan yang betul adalah penting untuk kesihatan fizikal dan batin anda. Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang mengikut piramid makanan dan kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan anda kegemukan dan menganggu kesihatan anda jadi kali ini saya nak share beberapa Tips untuk Makan secara sihat.

Makan mengikut waktu dan jangan sesekali skip waktu makan anda.  Jika anda bercadang untuk melakukan aktiviti riadah sila makan 2-3 jam lebih awal sebelum melakukan aktiviti tersebut.

Sediakan makanan yang seimbang mengikut peratusan yang betul kerapkan minum air 8 gelas sehari kerana kekurangan air menyebabkan masalah heat cramps dan kepenatan elakan minuman kopi atau minuman mengandungi caffeine.

Selepas 30minit melakukan aktiviti bersukan, ambillah sedikit snack berkabohidrat dan air mineral dapat mengantikan kehilangan potassium dan sodium semasa proses berpeluh. Makan lah supplement yang mengandungi vitamin B Complex dan lain-lain mineral untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.

P/s: Ambillah makanan yang kurang kolestrol dan amalkan makan daging yang berwarna putih seperti ayam, ikan dan banyakkan pemgambilan sayur-sayuran berbagai warna.

Incoming search terms:

Lemak dan Gula Berbahaya kepada Rambut?

 

Salam semuaa.

Makanan dan kesihatan tidak dapat dipisahkan. Banyak makanan mengandungi lemak dan gula yang boleh menjejaskan kesihatan badan dan rambut. Makanan berlemak tinggi ini boleh menjejaskan rambut dan kulit kepala kerana boleh menyebabkan kulit kepala berminyak, mudah mendapat jangkitan dan menyebabkan kelemumur.

Lemak juga mengganggu keseimbangan hormon, menyebabkan obesiti dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Ramai yang kurang tahu, makanan manis menyebabkan kelemumur dan kulit kepala sensitif malah menghakis vitamin B dalam badan dan menyebabkan kekurangan zat kuprum akhirnya menyebabkan rambut beruban.

Nak dapatkan nutrien rambut yang baik, seseorang itu memerlukan kalori secukupnya bergantung kepada keperluan tenaga individu. Seorang lelaki memerlukan purata 2,500 kilo kalori sehari manakala seseorang wanita memerlukan 2,000 kilo kalori setiap hari.

P/s: Rambut ini sama juga dengan menjaga kesihatan badan. Tersilap mengambil pemakanan akan ada risiko yang bakal datang. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234567...81Depan »