DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Senaman Membentuk Perut Bawah

OFF

 

Memiliki perut yang sempurna merupakan idaman hampir kesemua lelaki. Kalau diberi pilihan 6pax dan 1 pack rasanya 90% memilih sixpack. untuk perut yang sempurna memerlukan beberapa latihan senaman tapi kali ini sayaberkongsi tips senaman membentuk perut bawah. Kehkehkeh!

Untuk melatih perut bawah,yangperlu dilakukan adalah dengan mengetahui cara latihan ini, di mana orang belajar untuk meningkatkan kekuatan kaki dan otot perut. Ini dilakukan dengan berbagai jenis latihan kaki, dan latihan yang kompleks di mana lebih dari satu otot digunakan untuk melakukan gerakan. Berikut ini beberapa gerakan dasar untuk latihan perut bawah.

Leg Walks

Latihan ini dapat dilakukan dengan berbaring telentang, tangan diselitkan tepi pinggang untuk memastikan bahawa punggung lurus. Angkat kedua kaki tanpa menekan lutut dari lantai. Perlahan – lahan lepaskan satu kaki ke lantai, hingga hanya beberapa sentimeter dari lantai, pertahankan posisi ini selama beberapa minit dan bawa kaki kembali ke posisi 90 darjah. Ulangi gerakan untuk kaki yang lain. Latihan ini dapat diulang 8-10 kali untuk kedua kaki.

Reverse Crunch

Latihan ini harus dilakukan di atas decline bench. Baring di atas bench. Pastikan punggung tidak melengkung. Perlahan-lahan bawa lutut ke dada dengan mengkontraksikan otot perut bawah Anda. Lepaskan kaki dan ulangi beberapa latihan perut bawah yang lebih kompleks termasuk latihan seperti push up, pull up, squat dan sebagainya. Latihan-latihan ini, bila dikombinasikan dengan latihan kardio yang baik, dapat menjadikan mimpi anda untuk mendapatkan perut yang sempurna menjadi kenyataan. Selamat berusaha!

Incoming search terms:

Lelaki pun Menopause?

Salam semuaa.

 

Secara fisiologinya, orang lelaki adalah berbeza dengan wanita. Apabila wanita putus haid, hilanglah keupayaan reproduktif mereka iaitu untuk mengandung dan melahirkan anak. Maka berlakulah apa yang sering disebutkan sebagai menopaus atau situasi apabila paras hormon estrogen menjadi terlalu rendah.

Simptom seperti keletihan, sakit sendi, kurang nafsu dan faraj kering boleh timbul sejurus sebelum putus haid atau selepas berlakunya putus haid.

Bagi lelaki, penurunan paras hormon testosteron berlaku secara perlahan-lahan bermula akhir 30-an atau awal 40-an dan berterusan ke akhir hayat. Keadaan ini dipanggil sindrom kurang hormon testosteron. Penurunan hormon testosteron ini boleh berlaku amat perlahan atau mendadak ke paras yang sangat rendah sehingga memberikan simptom yang ringan, sederhana mahupun teruk. Corak penurunan ini banyak bergantung kepada tahap kesihatan seseorang lelaki itu.

Contohnya, jika anda menghadapi masalah kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung, maka paras hormon akan menjadi sangat rendah manakala jika anda mengamalkan corak kehidupan yang positif dan sihat, maka paras hormon tersebut mungkin tidak menurun atau menurun dengan kadar sangat perlahan malah mungkin tidak ada simptom langsung.

Simptom yang biasa berlaku kepada lelaki hampir sama dengan simptom menopaus dialami wanita iaitu keletihan, sakit sendi, cepat mendapat tekanan, kurang nafsu atau libido, kurang kekerasan zakar dan air mani serta banyak lagi simptom yang tidak begitu spesifik.

P/s: Jangan lupa amalkan cara hidup sihat dan positif dalam kehidupan seharian.

Incoming search terms:

Ciri Lelaki Metroseksual

 

Salam semua.

Lelaki metrosexual kebiasaanya menjadi kegilaan ramai perempuan di luar sana atau lebih senang kalau saya katakan lelaki bergaya dan berpenampilan hebat.

Biasanya lelaki metro mengambil berat soal rerambut pada tubuh mereka. Rambut perlu dipotong kemas. Mereka cukur malah wax rerambut di wajah mahupun di bahagian lainnya. Menyakitkan? Ya, tapi hasilnya memuaskan.

Cutting merupakan antara kriteria utama yang dititikberatkan oleh lelaki metrosexual kerana mereka ingin sentiasa kelihatan segar dan  kemas setiap masa.

Men's Fashion – 2011 Style Tips

Untuk bergaya, anda perlu melengkapi stail anda dengan memakai beberapa aksesori. Bukan perempuan saja perlu tahu tentang aksesori. Untuk permulaan, pakailah seutas jam yang menarik dan mewah.  Tali jam kulit juga amat menarik dan bergaya. Bergantung kepada stail yang anda pilih untuk dipakai.

[beckhamads.jpg]

Tidak lengkap ciri-ciri seorang lelaki metroseksual tanpa pewangi (minyak wangi) yang berkualiti. Pilihlah minyak wangi yang bersesuaian dengan personaliti anda.

 

Setelah menggayakan pakaian bersama, anda perlu mengekalkannya. Kalau boleh tampil bergaya setiap hari dan labur sedikit untuk produk penjagaan wajah seperti pencuci, penyegar dan pelembap. Trend sekarang dah takde istilah lelaki menjaga muka adalah lelaki lembut. Lelaki sebegini menjadi idaman wanita diluar sana kerana kelihatan lebih stylo dan bergaya. Kehkehkeh!

 

 

P/s: Biar apapun tanggapan atau istilah metroseksual mengikut pemahaman diri, tidak salah rasanya golongan lelaki menyahut perubahan dari segi penampilan.

Incoming search terms:

Muka Surat : 123456Depan »