Salam semuaa..
Sebelum ini, saya ada bagi Tips untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa fesyen tapi hari ini saya nak selitkan pula Cara Berfesyen Bagi Lelaki. Mana tahu mungkin membantu anda di luar sana? Kebiasaannya penampilan seseorang lelaki itu penting kerana mencerminkan peribadi mereka jadi janganlah mengambil mudah dengan cara pemakaian anda.

Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki ‘alert’ dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan terutama mereka yang berisi. Mungkin kerana tiada konfiden tapi lelaki berisi boleh kacak apa? Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.
Simple tapi smart - Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.
Santai bukan membosankan - Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.
Berhati-hati memilih t-shirt - Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.

Jangan terikut pada trend - Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Kerana tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.
Jangan beli kerana brand - Sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi buruk macam kain lap kat dapur.

Teruskan membentuk image tersendiri - Cuba bentuk style anda yang tersendiri. Jangan malu untuk meminta pendapat - Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.
P/s: Berfesyen ini sebenarnya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikkan anda.
Incoming search terms:
Salam semuaa.

Mungkin ramai dikalangan anda yang mencari koleksi baju yang sesuai untuk digayakan setiap hari tetapi masih mencari fesyen yang lebih trendy dan terkini. Kali ini, saya kongsi fesyen lelaki 2012 terkini supaya anda boleh lebih maskulin. Kehkehkeh!


Polo T Shirt tampak ringkas tapi menonjolkan elemen keseksian dan bergaya walaupun hanya plain design.

Kemeja seringkali dipadankan dengan lelaki korea tetapi ramai di antara kita yang terikutkan fesyen korea tanpa sedar kemeja sebegini menjadi pilihan terkini di Malaysia.
Cara nak memilih baju kemeja yang sesuai, anda boleh masuk kat entri Tips memilih kemeja lelaki.
Trend fesyen lelaki selalu dikatakan sedikit perlahan dari gaya fesyen dan trend wanita tetapi ada betulnya. Kalau dikaji, online shop perempuan jauh berlambak dari online shop baju lelaki. Bukti? Buka jerlaa facebook kaum perempuan mesti penuh dengan aktiviti shopping setiap hari kat wall dorang. Tak perlu bukti kukuh kerana Facebook ada jawapannya. Kehkehkeh!

Fesyen Jaket ini jarang dipakai untuk lelaki Malaysia tapi walaupun negara kita sejuk panas takde musim tapi K-Pop punya penangan jangan dipandang remeh. Walaupun panas tetap menjadi pilihan untuk kelihatan Kacak di bawah terik matahari.

Last but not least, kemeja kasual yang menjadi pilihan saya dan seringkali juga saya sendiri gayakan pada setiap event. Walaupun mungkin sedikit kurang menonjol terutama apabila body dah mengecut tapi masih nampak maskulin sekiranya memilih cutting yang lebih fit di bahagian pinggang. Lebih segar kalau disesuaikan dengan bangle gelang?
Incoming search terms: