DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Fesyen Baju Lelaki 2012 Terkini

 

Salam semuaa.

Mungkin ramai dikalangan anda yang mencari koleksi baju yang sesuai untuk digayakan setiap hari tetapi masih mencari fesyen yang lebih trendy dan terkini. Kali ini, saya kongsi fesyen lelaki 2012 terkini supaya anda boleh lebih maskulin. Kehkehkeh!

Polo T Shirt tampak ringkas tapi menonjolkan elemen keseksian dan bergaya walaupun hanya plain design.

Kemeja seringkali dipadankan dengan lelaki korea tetapi ramai di antara kita yang terikutkan fesyen korea tanpa sedar kemeja sebegini menjadi pilihan terkini di Malaysia.

Cara nak memilih baju kemeja yang sesuai, anda boleh masuk kat entri Tips memilih kemeja lelaki.

Trend fesyen lelaki selalu dikatakan sedikit perlahan dari gaya fesyen dan trend wanita tetapi ada betulnya. Kalau dikaji, online shop perempuan jauh berlambak dari online shop baju lelaki. Bukti? Buka jerlaa facebook kaum perempuan mesti penuh dengan aktiviti shopping setiap hari kat wall dorang. Tak perlu bukti kukuh kerana Facebook ada jawapannya. Kehkehkeh!

Fesyen Jaket ini jarang dipakai untuk lelaki Malaysia tapi walaupun negara kita sejuk panas takde musim tapi K-Pop punya penangan jangan dipandang remeh. Walaupun panas tetap menjadi pilihan untuk kelihatan Kacak di bawah terik matahari.

Last but not least, kemeja kasual yang menjadi pilihan saya dan seringkali juga saya sendiri gayakan pada setiap event. Walaupun mungkin sedikit kurang menonjol terutama apabila body dah mengecut tapi masih nampak maskulin sekiranya memilih cutting yang lebih fit di bahagian pinggang. Lebih segar kalau disesuaikan dengan bangle gelang?

 

Incoming search terms:

Vlog Pertama Bersama 1tube.my

Salam semua..

Beberapa hari lepas, secara kebetulannya saya berkesempatan bersama group Sahabat Blogger membuat Vlog untuk 1tube.my di Bukit Bintang. First time berjumpa dengan diaorang dan nasib baik, si kyerul (baju putih) sempat passing number jadi redah pun takdelah sampai tak kenal sesape. ahaha! Lelaki seksi (pinjam ayat Nisa Kay) berkaler purple tuu Akmal Hilmi namanya.

dD Fabolous antara mereka yang terawal mengajak saya untuk join Vlog 1tube.my ini dan orang pertama yang saya terjahhh masa sampai kat BB. Thanx dD. ehe!

Bila sampai kat BB, diaorang dahpun mula membuat Vlog by turn dan time menunggu tuu sempatlah jugak berkenalan dengan beberapa blogger yang aktif dalam Sahabat Blogger.

Dengan yuyu ini, rasanya tak pernah nampak dalam Sahabat Blogger dan masa jumpa tuu ligat jugak berfikir ”dia ini blog mana ehh” . ahaha.

Dengan Tia Fazunia, first time jugak jumpa kat BB tapi sebelum ini dah tahu sangat nama dia daripada group Sahabat Blogger jadi bila jumpa takde segan sangat. ehe. Lupa pulak nak bergambar sekali dengan bodyguard tia. ahaha!

Selesai dengan Vlog pertama, sempat berposing dulu sebelum ke lokasi seterusnya di A&W Bukit Bintang. Dari kiri, Kyerul, akmal, Tia, Mia dan Andy Howt.

Ehem2, gadis cantik yang menjadi rebutan ramai jejaka di Sahabat Blogger ini bernama Nisa Kay. Masa bergerak beramai – ramai ke A&w barulah nampak Nisa Kay datang bersama dengan Jejaka segak Syafiq Rosli. ahaha! Sebelum ini, selalu membalas komen tapi kali ini dapat jugak jumpa face to face dengan Syafiq.

Untuk Vlog kedua 1tube.my memakan masa agak lama dan masa ini jugak baru tahu rupanya Andy howt adalah blogger tegar dari Sabah. ehe! 1tube.my ini sebenarnya lebih kurang sama dengan youtube tapi versi Malaysia.

Andy Howt, Nisa Kay dan darkbatman yang sudahpun kepenatan! ehe!

Sementara menunggu si kyerul menyanyi dalam Vlog, kami berposing dulu sebelum menunggu turn dengan gigih. Opps baju sama kaler pulak dengan blogger perempuan. ahaha!

First time bergambar dengan mostly blogger yang muda – mudi (terasa diri baru 20 tahun). ahaha!

Sebelum balik, sempat lagi berposing dengan Nisa Kay. ”Baru perasan banyak bergambar dengan blogger perempuan”. ahaha.

P/s: Nak tengok video diaorang ini, jangan lupa buka 1tube.my hari rabu ini. Jom sokong produk Malaysia.

Incoming search terms: