DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Fesyen Baju Lelaki 2012 Terkini

 

Salam semuaa.

Mungkin ramai dikalangan anda yang mencari koleksi baju yang sesuai untuk digayakan setiap hari tetapi masih mencari fesyen yang lebih trendy dan terkini. Kali ini, saya kongsi fesyen lelaki 2012 terkini supaya anda boleh lebih maskulin. Kehkehkeh!

Polo T Shirt tampak ringkas tapi menonjolkan elemen keseksian dan bergaya walaupun hanya plain design.

Kemeja seringkali dipadankan dengan lelaki korea tetapi ramai di antara kita yang terikutkan fesyen korea tanpa sedar kemeja sebegini menjadi pilihan terkini di Malaysia.

Cara nak memilih baju kemeja yang sesuai, anda boleh masuk kat entri Tips memilih kemeja lelaki.

Trend fesyen lelaki selalu dikatakan sedikit perlahan dari gaya fesyen dan trend wanita tetapi ada betulnya. Kalau dikaji, online shop perempuan jauh berlambak dari online shop baju lelaki. Bukti? Buka jerlaa facebook kaum perempuan mesti penuh dengan aktiviti shopping setiap hari kat wall dorang. Tak perlu bukti kukuh kerana Facebook ada jawapannya. Kehkehkeh!

Fesyen Jaket ini jarang dipakai untuk lelaki Malaysia tapi walaupun negara kita sejuk panas takde musim tapi K-Pop punya penangan jangan dipandang remeh. Walaupun panas tetap menjadi pilihan untuk kelihatan Kacak di bawah terik matahari.

Last but not least, kemeja kasual yang menjadi pilihan saya dan seringkali juga saya sendiri gayakan pada setiap event. Walaupun mungkin sedikit kurang menonjol terutama apabila body dah mengecut tapi masih nampak maskulin sekiranya memilih cutting yang lebih fit di bahagian pinggang. Lebih segar kalau disesuaikan dengan bangle gelang?

 

Incoming search terms:

Wujud Ker Perempuan Pasang Ramai?

Salam semuaa..

Perempuan pasang ramai mungkin kedengaran seakan janggal tapi sememangnya wujud. Lelaki pasang ramai memang tak boleh disangkal  lagi tapi bila perempuan yang pasang ramai, rasanya semua akan geleng kepala. Kehkehkeh!

Saya selalu fikir perempuan pasang ramai mesti rupa dia mengalahkan Angelina Jolie seseksi Megan Fox malah mungkin secantik FAZURA? ”Apa guna muka cantik kalau hati sebusuk longkang andai diberi sepuluh sekalipun mungkin hanya sesuai ditinggalkan di tepi jalan”. Maaf bukan kami hilang ingatan tapi itu balasan buat anda yang tak tahu belajar memberi kesetiaan.

Perempuan kerapkali dahagakan perhatian sehingga lupa permata di depan mata dijadikan hingusan di atas sofa. Indah hanya sementara tapi luka  takkan mudah diganti dengan kata-kata. Hari ini anda melayan dia, esok anda melayan saya mungkin lusa kami hanya mangsa yang entah tiada kesudahannya.

Tak salah mencari perhatian tapi janganlah pula sehingga terpijak periuk api kelak terbakar badan hanya kekesalan yang menemani. Perempuan sebegini bijak sebenarnya tapi lupa what goes around comes around. Ohh dunia.

Lebih lagi bila kenal dengan perempuan hati kering sama seperti menyiram pokok di padang pasir. Orang tua – tua selalu kata ”Jangan mengharap pada yang tak sudi tapi kata saya pula Jangan menunggu buah durian jatuh ke bumi”. Betul anda rasa she’s the one yang cantik, yang baik dan PALING SEMPURNA tapi di atas setiap kesempurnaan pasti ada kekurangan.

Muhasabahlah diri kerana Cinta yang SEMPURNA hadir dengan Dugaan dan Rintangan bukan sekadar LAFAZKAN sayang tanpa melalui KEPERITAN. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

P/s: Mase kecik-kecik, selalu tengok dalam tv kalau love story mesti kena lalui susah baru hidup BAHAGIA. Bila saya besar, saya buat benda yang sama untuk AWAK sebab saya FIKIR bila berusaha mengejar CINTA, kita akan BERSAMA tapi baru saya tahu semua tu, hanya DRAMA. TIPAH TERTIPU!

Incoming search terms:

Kenapa Lelaki Curang?

 

Salam semuaa..

Bila entri tentang perempuan mesti semua rasa tak puas hati asyik kena hentamkan. Bila sebut tentang lelaki dan kapel mesti ramai yang fikir ”lelaki suka curang”.

 

Yes, lelaki memang suka curang! Adatlaaa bhaii! Lelaki boleh kawen ramai, perempuan pulak berderet – deret rugilaaa kalau tak memilih. Wahahahaha!

Lelaki ini curang bukan apa dah asyik kena control pegi sana sini dikatanya berdating dengan betina bak kata saya ”Jangan cuba melanggar busut kalau takut digigit semut api” Itulah orang kata jangan bermain kata dengan lelaki kelak termakan diri sendiri. Kehkehkeh!

 

Tapi pernah tak anda terfikir kenapa sebetul-betulnya lelaki curang? Haa, mungkin sebab ada perempuan lain yang lagi cun atau mungkin lagi seksi? Kalau tanya perempuan, mesti jawab macam ini ”“Nama lagi lelaki, memanglah curang! Tak boleh percaya!” Kehkehkeh!

 

Lelaki ini untung banyak pilihan yang datang ”At first kapel suka – suka tapi perempuan ini bodoh bila diberi cinta terus sayangnya sampai Kb Mall yang dicari”.

Pantang lelaki kalau mulut perempuan mengalahkan longkang bak kata saya ‘‘Kalau dah tahu tahi itu busuk, jangan cuba simpan kentut di dalam bontot kelak wanginya sehingga ke hujung gigi” Dah tahu lelaki tak suka dituduh, dah tahu lelaki tak suka diperli, dah tahu lelaki tak suka dimaki bawak-bawaklah berubah diri. Kehkehkeh!

 

”Bukan apa bila buah hati dah lari, sejuta tahun dikesali tetap tidak memadai”

 

 

P/s: Kadang – kadang lelaki kena ingat jangan terlalu mengejar kesempurnaan kerana perempuan ini sentiasa ada yang lebih baik ”Kuota hanya Empat, jangan sampai hidup melarat di tepi jalan tempat kamu merempat”. Kehkehkeh!

 

 

 

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234567Depan »