DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tip Tabiat makan sihat untuk kesihatan

Salam semuaa.

Mengambil makanan yang sihat dan tabiat makanan yang sihat dengan kombinasi makanan yang betul adalah penting untuk kesihatan fizikal dan batin anda. Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang mengikut piramid makanan dan kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan anda kegemukan dan menganggu kesihatan anda jadi kali ini saya nak share beberapa Tips untuk Makan secara sihat.

Makan mengikut waktu dan jangan sesekali skip waktu makan anda.  Jika anda bercadang untuk melakukan aktiviti riadah sila makan 2-3 jam lebih awal sebelum melakukan aktiviti tersebut.

Sediakan makanan yang seimbang mengikut peratusan yang betul kerapkan minum air 8 gelas sehari kerana kekurangan air menyebabkan masalah heat cramps dan kepenatan elakan minuman kopi atau minuman mengandungi caffeine.

Selepas 30minit melakukan aktiviti bersukan, ambillah sedikit snack berkabohidrat dan air mineral dapat mengantikan kehilangan potassium dan sodium semasa proses berpeluh. Makan lah supplement yang mengandungi vitamin B Complex dan lain-lain mineral untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.

P/s: Ambillah makanan yang kurang kolestrol dan amalkan makan daging yang berwarna putih seperti ayam, ikan dan banyakkan pemgambilan sayur-sayuran berbagai warna.

Incoming search terms:

Kesilapan Lelaki Bila Bercukur

Bercukur adalah satu kemestian kepada setiap lelaki kecuali spesis yang tidak berbulu. Walaupu dianggap remeh, masih ramai kaum lelaki yang melakukan kesilapan ketika bercukur. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan

darkbatman

Pisau dan tuala yang kotor

90% kaum lelaki akan menggunakan pisau cukur sehingga rosak atau tumpul tanpa mempedulikan kebersihannya. Ruam kulit yang gatal dan akhirnya menjadi kemerah-merahan adalah disebabkan dari pisau cukur yang kotor malah mungkin disebabkan karat. Pastikan pisau cukur ditukar secara kerap dan gunakan penutup setelah digunakan.

Bulu tidak rata

Bukan semua lelaki dianugerahkan bulu yang lebat dan penuh di muka. Jika anda adalah salah seorang yang tidak bertuah untuk memilikinya, elakkan dari menyimpannya kerana rupa anda akan tidak ubah seperti peta dunia yang bertompok-tompok.

darkbatman

Jerawat

Bercukur adalah menyakitkan apabila anda mempunyai jerawat. Benjolan merah itu menandakan yang anda perlu melakukannya dengan berhati-hati bukannya dengan hanya menoreh wajah anda. Gunakan krim dan bercukur dengan berhati-hati kerana jerawat boleh meninggalkan parut kekal.

Kawasan terlindung

Keadaan yang sama seperti mencuci habuk terlindung di sebalik almari, anda perlu mengadakan sedikit masa untuk mencukur bahagian-bahagian yang ‘terlindung’ untuk mengelakkan dari kecelakaan semasa melakukan seni pisau cukur anda. Kehkehkeh!

Pisau cukur tumpul

Pisau cukur yang baru dibeli hanya memerlukan sedikit tekanan untuk menghapuskan semua bulu-bulu di wajah anda, tetapi tidak bagi pencukur yang sudah lama. Tekanan yang tidak stabil akan menyebabkan luka ketika bercukur. Tukarlah kepada yang baru setelah anda mula rasa pencukur itu tidak berfungsi seperti yang baru.

darkbatman

Kulit kering

Anda mungkin tidak percaya tetapi ada lelaki yang bercukur secara ‘kering’ semasa memandu ke pejabat dan sebagainya. Sedikit sabun ataupun krim haruslah digunakan sebagai pelincir diantara pisau dan kulit anda. Bercukur dengan kulit yang kering akan menyebabkan luka dan ruam.

P/s: Dengan tips-tips ini, anda mungkin tidak akan pergi ke pejabat dengan pipi yang merah dan luka . Ambil masa, lakukan dengan betul dan jaga kebersihan supaya lebih maskulin.

Incoming search terms:

Sinopsis Vanila Coklat l TV3

Salam semua.

Drama tv3, Vanila Coklat kini bersiaran di TV3 di slot Lestary. Pelakon bagi Vabila Coklat tak lain tak bukan iaitu izara Aishah dan Aiman Mentor.

Sinopsis Vanilla Coklat :

Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.

Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat,

SUmber: Nurizspace.com

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234567...19Depan »