DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kecewa dengan Maybank l Rm5++ Hampir Burn Semalam

Salam semua..

Semalam, mood berblogging agak ke laut memandangkan saya tengah tension kerana tersilap bank in duit guna deposit machine ke akaun lain. Hanya satu number yang berlainan, tanpa tengok nama terus ENTER. Bila saya check akaun, asal duit masih takde.

Dengan rasa cuak plus berteka teki ke mana perginya duit tadi, saya check pada slip transaction dan OMG! ”AKu tersilap masukkan number akaun”. Hampir gugur jantung dibuatnya tetapi terus terlintas untuk call HQ Maybank. Dengan sedikit malumat HQ, saya bergegas ke cawangan maybank berdekatan dengan harapan mungkin duit itu boleh ditransfer balik ataupun freeze buat seketika tapi malangnya..

Apabila saya memberitahu kesilapan transaction terus pegawai itu cakap ”duit itu mungkin sukar nak dapat kerana kesilapan saya sendiri dan jalan terbaik saya kena redha saja”. Dalam hati ”kalau aku kena redha, buat apa aku terkejar – kejar datang buat aduan”.

Dengan rasa tak puas hati saya tanya lagi ”bukti transaction ada, takkan tak dapat nak buat apa – apa?” dan pegawai itu jawab ”Saya akan call owner akaun itu dan kalau tak dapat, kami akan hantar surat untuk minta kebenaran potong duit dalam akaun owner”. Saya mencelah lagi ”Kalau tak dapat call dan tiada balasan surat itu macam mana?” Jawapan yang mudah keluar dari mulut pegawai ”Redha jerla kerana kalau dapat kontek sekalipun, if owner itu taknak bagi duit itu, kitaorang tak boleh buat pape”.

”Keputusan duit itu dapat atau tak terpulang kepada owner akaun dan bukannya pihak bank” Itulah serba sedikit perjalanan hari semalam yang suram buat saya. Selepas keluar dari maybank. saya cuba dapatkan maklumat individu berkenaan dengan sendiri sebab saya tahu, kalau harapkan pegawai bank ini, memang burn la jawabnya.

Tak sampai satu jam, maklumat lengkap saya perolehi dan dengan bantuan beberapa sahabat, pukul 11 malam tadi, insan tersebut dapat dihubungi. Pelbagai strategi disarankan oleh kawan – kawan di facebook dan saya rasa sangat dihargai oleh diaorang ini sebab semuanya mengambil berat.

Pukul 2 petang ini, owner akaun tadi call dan konfemkan sudah bank in duit saya. Syukur Alhamdulillah! Ada juga insan yang tidak memandang duit semata – mata. Apa yang saya nak sampaikan kat sini, saya kecewa dengan layanan bank dan juga sistem yang ditawarkan kerana bagi saya, apabila berlakunya kes ini, di mana kecekapan dan telusnya pihak maybank dalam menangani masalah sebegini?

”Sekiranya pengguna maybank tersilap masukkan duit RM1juta, perlukah dioarang ini redha saja?’‘ Apa guna sistem dan aduan¬† yang ada sekiranya tidak memberikan jaminan yang sewajarnya. Sekarang baru saya rasa betapa pentingnya TAP@ Transaction At Palm yang akan memudahkan urusan saya tidak kira di mana saja.

P/s: Berhati – hati apabila transfer duit dan jangan ulangi kesilapan saya kerana pihak bank tidak akan menolong anda dengan cepat, pantas dan telus seperti PDRM. Saya kecewa dengan Maybank..


Incoming search terms: