DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Makanan Berkhasiat Awet Muda

Salam semua..

 Makanan yang berkhasiat kalau diambil dengan cara yang betul boleh membuatkan muka lebih awet muda. Walaupun masih muda, siapa kata kena tunggu tua baru nak amalkan? Kehkehkeh!

Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi polyphenols, sejenis antioksidan yang berupaya mencegah penyakit akibat penuaan. Lemak tidak tepu di dalamnya mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Ikan
Ikan mengandungi lemak omega-3 yang berupaya menurunkan kolestrol dan penyumbatan dalam pembuluh darah serta mencegah keabnormalan jantung. Bila dah kurus, nampak lebih muda daripada biasa!

Yogurt

Yogurt memiliki bakteria baik yang mempertahankan kesihatan pencernaan serta mengurangkan risiko penyakit usus berkaitan usia. Ia juga kaya kalsium yang dapat mencegah osteoporosis.

Blueberry
Penelitian dari Jean Mayer Human Nutrition Research Center mendapati blueberry berupaya mengurangkan peradangan atau inflamasi dan kerosakan oksidatif yang berkaitan dengan penurunan daya ingatan dan kemampuan motorik di usia tua.

Ikan Salmon
Ikan Salmon juga kaya dengn kandungan Omega 3, iaitu zat yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak. Omega 3 juga sangat baik untuk kesihatan kerana fungsinya untuk mengurangkan berat badan, memperbaiki mood dan menyihatkan kulit.

Vitamin C Dalam Buah Oren
Vitamin C meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit sehingga menyebabkan keanjalan kulit sentiasa terpelihara. Kandungan asidnya mampu menipiskan kulit mati yang menimbun di atas kulit. Dengan ini, penyumbatan pori- pori juga berkurangan dan seterusnya menyebabkan kulit kurang berminyak dan berjerawat

Incoming search terms:

Rawat Kanser Payudara dengan Brokoli

Salam semuaa..

Semua wanita takutkan kanser payudara. Apalagi amalkan pengambilan brokoli dalam makanan harian kerana sayur ini mengandungi khasiat ‘’sulfuraphane’’ yang berkesan untuk melawan virus kanser pembunuh wanita ini.

Selain itu, brokoli juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Semangkuk brokoli memberi anda 25 kcal kalori, 3gm serat dan 0 peratus lemak.

Incoming search terms: