DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Cara Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan

Salam semua..

Nak kuruskan badan salah satu caranya adalah dengan meningkatkan kadar metabolisme badan. Mungkin ramai yang dah tahu tapi tak salah berkongsi lagi sekali. Caranya?

1. Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kaloriwalaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2. Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3. Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5. Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajianmenunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6. Pedaskan masakan– Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang bolehmeninggikan kadar metabolisme.

Chris Evans - Mens Health

7. Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8. Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula.

Incoming search terms:

Perbezaan Whey Protein dan Weight Gainer

 

Salam semuaa.

Whey Protein? Weight Gainer? Hari ini saya nak jelaskan serba sedikit tentang Perbezaan Whey Protein dan juga Weight gainer yang mana mungkin boleh clearkan kekusutan anda tentang fungsi kedua – dua nya.

 

Whey Protein Terbaik?

Whey protein merupakan protein yang terdiri daripada asid amino di mana mempunyai kandungan karbohidrat yang sangat rendah.  Dari segi produk, Whey Protein boleh didapati dalam tiga bentuk yang berbeza iaitu:

 Whey Protein Concentrate

Mengandungi sedikit lemak dan laktos di antara 29% – 89% protein berbanding produk spesifik.

Whey Protein Isolate

Mengandungi sangat sedikit lemak, kolesterol dan laktos dan mempunyai 90% atau lebih protein.

Whey Protein Hydrolysates

Kebanyakan digunakan bagi sebab perubatan kerana lebih mudah untuk diserap dalam badan.

 

Whey protein biasanya diambil untuk menguruskan badan tetapi sekiranya anda teringin nak gemukkan badan tetapi kurang mampu nak beli suplemen untuk naikkan badan, whey protein merupakan alternatif tapi anda perlu lebihkan makanan harian iaitu lebihkan karbo dalam hidangan. Pemilihan whey protein terbaik, anda boleh baca previous post saya.

 

 

Weight Gainer?

Weight gainer pula adalah makanan tambahan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi dan sesuai bagi anda yang nak gemuk dan membesarkan badan.

 

 

 

 

MORE PICTURES : LIKES FANPAGES DARKBATMAN.COM

 

 

Incoming search terms:

Diet Atkin

 

Salam semuaa.

Kebanyakan mereka yang nak berdiet mesti dah familiar dengan diet atkin. Diet Atkin adalah diet rendah karbohidrat tinggi protein yang dicipta oleh Robert Atkins melalui pembacaannya di mana beliau menggunakan jurnal tersebut untuk menurunkan berat badannya.

 

Diet ini memaksa badan mengunakan lemak sebagai sumber tenaga dengan pemakanan makanan tinggi protein dan sangat rendah karbohidrat. Sebenarnya diet atkin ini kurang mendapat sambutan mahupun di Amerika.

Diet tarbaik pada saya, adalah menurut piramid pemakanan kerana kalau berdiet dengan tinggi protein tetapi rendah karbohidrat boleh menyebabkan sakit jantung dan juga strok.

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »