DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kriteria Kekemasan Penampilan Lelaki

Salam semuaa..

Penampilan dan kekemasan diri antara aspek utama yang perlu lelaki titik beratkan. Bukan hanya perempuan yang perlu mementingkan penjagaan diri.

Sabun buku bukan untuk wajah

LELAKI mempunyai kulit yang berminyak kira-kira 15 peratus melebihi wanita. Pori besar membenarkan segala kekotoran meresap ke dalam kulit. Usah malas mencuci muka menggunakan pembersih wajah yang betul. Elakkan penggunaan sabun buku untuk badan pada wajah. Begitu juga dengan syampu dan krim pencukur, pastikan anda mempunyai sabun khusus untuk setiap perkara.

Pemakaian

PILIH baju yang diperbuat daripada fabrik kapas yang ringan bagi mengurangkan peluh. Rapikan bulu ketiak secara berkala kerana ia boleh mengundang bau badan yang tidak menyenangkan. Baju yang berkedut-kedut melambangkan keperibadian lelaki yang tidak ‘taat’ pada kebersihan dan kekemasan.

Potong kuku

KUKU sering dipandang remeh oleh lelaki. Mereka hanya memotong kuku tangan apabila betul – betul panjang manakala kuku kaki mungkin dirapikan sebulan sekali. Beri penekanan pada kebersihan kuku kerana ia terdedah pada bakteria hampir setiap saat. Kuku kaki khususnya hampir separuh hari diliputi stoking dan kasut boleh menyumbang pada masalah kaki berbau.

Bercukur

HAMPIR semua lelaki perlu bercukur. Perapian misai dan janggut perlu agar penampilan sentiasa tampak kemas. Jangan sekali-kali bercukur tanpa krim yang betul kerana boleh mencederakan kulit. Mesin pencukur yang tepat juga memainkan peranan bagi membentuk gaya yang diingini. Selepas bercukur, aplikasikan after shave yang bertujuan mengurangkan kerengsaan.

IMG_4659

Senaman dan pemakanan

SUKAN atau senaman sudah sebati dengan karakter lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana majoriti mereka memang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagaimanapun, bagi jejaka yang kurang memberi perhatian pada kepentingan senaman, sudah tiba masa untuk anda mengubah cara hidup. Riadah ringan tiga kali seminggu cukup untuk membekalkan kecergasan dan mengekalkan bentuk badan yang ideal.

P/s: Begitu juga dengan pemakanan, kadar metabolisme lelaki diketahui memang tinggi berbanding wanita. Ketahui kalori yang diperlukan badan anda dan makan mengikut jadual pemakanan yang betul dan seimbang.

Incoming search terms:

Lemak dan Gula Berbahaya kepada Rambut?

 

Salam semuaa.

Makanan dan kesihatan tidak dapat dipisahkan. Banyak makanan mengandungi lemak dan gula yang boleh menjejaskan kesihatan badan dan rambut. Makanan berlemak tinggi ini boleh menjejaskan rambut dan kulit kepala kerana boleh menyebabkan kulit kepala berminyak, mudah mendapat jangkitan dan menyebabkan kelemumur.

Lemak juga mengganggu keseimbangan hormon, menyebabkan obesiti dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Ramai yang kurang tahu, makanan manis menyebabkan kelemumur dan kulit kepala sensitif malah menghakis vitamin B dalam badan dan menyebabkan kekurangan zat kuprum akhirnya menyebabkan rambut beruban.

Nak dapatkan nutrien rambut yang baik, seseorang itu memerlukan kalori secukupnya bergantung kepada keperluan tenaga individu. Seorang lelaki memerlukan purata 2,500 kilo kalori sehari manakala seseorang wanita memerlukan 2,000 kilo kalori setiap hari.

P/s: Rambut ini sama juga dengan menjaga kesihatan badan. Tersilap mengambil pemakanan akan ada risiko yang bakal datang. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Tips Amalan Pemakanan Sihat

OFF

Pemakanan yang sihat memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kita. Kalau sekadar luaran yang sihat tapi dalaman sakit, apa gunanya kan? Saya kongsikan beberapa amalan pemakanan sihat untuk anda.

Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.

Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.  Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi selain kurangkan juga minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan atau minum benda-benda yang belum dimasak pada awal pagi.

Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja teruk. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. Biasakan makan makanan atau minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

Incoming search terms:

Muka Surat : 123Depan »