DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Gaya Penampilan Lelaki Segak Bergaya

Salam semuaa.

Setiap lelaki inginkan penampilan yang segak bergaya atau lebih muda saya terang sebagai MASKULIN. Di sini saya ingin tampilkan beberapa tips & panduan untuk para lelaki mungkin membantu anda serba sedikit. Siapa tahu? Kehkehkeh!

 

1. Penjagaan Wajah

Penjagaan kulit muka adalah penting bagi menampakkan wajah segar & berseri. Kulit yang berminyak & tidak sihat akan membuatkan wajah nampak tua & kusam. Sentiasa menggunakan pencucui muka yang sesuai dengan kulit anda muka anda & jangan menggunakan sabun mandi kerana ianya akan merosakkan kulit wajah anda.

2. Penjagaan Kuku

Kuku tangan yang bersih dan terjaga bukan sahaja dapat mengelakkan anda daripada mendapat penyakit, malah memberikan penampilan diri yang  sihat & bersih. Anda tak perlu jaga seperti perempuan cukup sekadar memotongnya apabila dah panjang. Bagi umat Islam memotong kuku pada hari jumaat juga memberikan pahala tambahan.

3. Pemilihan Warna Pakaian & Aksesori

Pemilihan warna yang padan adalah amat penting. Sebagai contoh warna jam tangan, tali kasut dan tali pinggang mestilah sama.  Elakkan warna yang bercampur aduk sehingga nampak seperti badut. Orang akan memandang seseorang melaui penampilan barulah pada rupa.

4. Penjagaan Kasut

Penjagaan kasut juga amat penting. Kasut yang bersih dan berkilat akan memberikan penampilan yang hebat walaupun anda hanya memakai sneaker. Warna stoking juga mestilah sepadan dengan warna kasut. Penggunaan stoking dengan sandal juga adalah salah satu kesilapan dalam bergaya. Ingat, perempuan juga memandang lelaki melalui kasut yang dipakai.

5. Pewangi

Penggunaan pewangi juga memainkan peranan yang amat penting. Lelaki ini satu masalah utama peluh cepat keluar dan ketiak mudah hangit. Gunakan deodorant bagi mengelakkan bau ketiak dan minyak wangi kegemaran ketika keluar rumah. Bau yang wangi bukan saja dapat menjaga emosi, mental dan fizikal anda, malah memberikan kesan positif kepada orang sekeling.


6. Penjagaan Wallet

Jangan ingat wallet tidak perlu dijaga. Wallet yang tebal 7 membonjol juga akan merosakkan penampilan anda. Susun kad-kad yang dipakai dengan teratur supaya senang anda mengambilnya apabila memerlukannya. Buang atau simpan benda-benda yang tidak diperlukan.

P/s: Diharapkan membantu anda yang ingin kelihatan segak bergaya! Kehkehkeh!

Incoming search terms: