DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Makanan Berkhasiat Awet Muda

Salam semua..

 Makanan yang berkhasiat kalau diambil dengan cara yang betul boleh membuatkan muka lebih awet muda. Walaupun masih muda, siapa kata kena tunggu tua baru nak amalkan? Kehkehkeh!

Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi polyphenols, sejenis antioksidan yang berupaya mencegah penyakit akibat penuaan. Lemak tidak tepu di dalamnya mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Ikan
Ikan mengandungi lemak omega-3 yang berupaya menurunkan kolestrol dan penyumbatan dalam pembuluh darah serta mencegah keabnormalan jantung. Bila dah kurus, nampak lebih muda daripada biasa!

Yogurt

Yogurt memiliki bakteria baik yang mempertahankan kesihatan pencernaan serta mengurangkan risiko penyakit usus berkaitan usia. Ia juga kaya kalsium yang dapat mencegah osteoporosis.

Blueberry
Penelitian dari Jean Mayer Human Nutrition Research Center mendapati blueberry berupaya mengurangkan peradangan atau inflamasi dan kerosakan oksidatif yang berkaitan dengan penurunan daya ingatan dan kemampuan motorik di usia tua.

Ikan Salmon
Ikan Salmon juga kaya dengn kandungan Omega 3, iaitu zat yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak. Omega 3 juga sangat baik untuk kesihatan kerana fungsinya untuk mengurangkan berat badan, memperbaiki mood dan menyihatkan kulit.

Vitamin C Dalam Buah Oren
Vitamin C meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit sehingga menyebabkan keanjalan kulit sentiasa terpelihara. Kandungan asidnya mampu menipiskan kulit mati yang menimbun di atas kulit. Dengan ini, penyumbatan pori- pori juga berkurangan dan seterusnya menyebabkan kulit kurang berminyak dan berjerawat

Incoming search terms:

Kuruskan Badan Dengan Minyak Zaitun

 

Salam semuaa..

Selalunya ramai yang fikir kalau amek minyak mesti takut gemuk! Gemuk bhaii! Anda silap tuu. Sebenarnya minyak zaitun ini bagus untuk kuruskan badan sebabnya mampu mengurangkan 1 lbs  lemak seminggu.

Minyak zaitun membakar tiga kali lebih cepat daripada lemak tak baik yang selalunya ada dalam produk komersial kat pasaran. Selain itu, ianya mengandungi lemak tak tepu yang dapat mengurangkan kadar kolesterol tak baik dalam darah.

 

 

P/s: Minyak terbaik yang disarankan adalah virgin oil ataupun ”extra virgin’‘. Kehkehkeh! Lagi bagus kalau makan sekali denggan salad! Selamat mencuba!

Incoming search terms:

Bagaimana Hendak Kuruskan Badan l Pilih Mentega atau Marjerin?

Ramai yang bertanya ”bagaimana hendak kuruskan badan” dengan pemilihan menu yang betul contohnya antara Mentega dan Marjerin. Keduanya mungkin mempunyai kalori yang lebih kurang sama tapi bagi mereka yang nak kurus, pilihan yang lebih baik semestinya didahulukan.

Sebenarnya, kedua – duanya tidak berapa bagus dalam usaha murni anda untuk menurunkan berat badan tapi kalau anda tersekat dalam dua hidangan ini, mentega dengan lemak tepu sebenarnya lebih baik daripada marjerin.

Mentega mengandungi kalsium dan kurang mengalami pemprosesan manakala marjerin pula mampu meningkatkan jumlah kolesterol darah dan merendahkan kolesterol baik selain meningkatkan juga risiko penyakit kardiovaskular. hoho! Banyaknya kesan buruk dia.

P/s : Sekiranya anda nak pilihan yang lebih baik, gunalah minyak zaitun asli kerana biasanya sudah dipack bersama asid lemak penting yang bagus untuk kesihatan anda.

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »