Salam semuaaa…
Masih lagi cerita mengenai Wrangler. Dalam entry sebelum ni saya dah pernah kongsikan dengan anda yang saya mendapat jemputan untuk menjadi model catwalk untuk koleksi musim panas Wrangler. Kehkehkeh!! Layak ke jadi model catwalk?
Wahahaa demikianlah muka-muka excited+bangga sesangat bila dapat jadi model untuk Wrangler. Peluang yang bukan mudah nak dapat bhaiii!!! Demi pengalaman, saya atasi jugak perasaan malu-malu kucing yang bersarang dalam diri. Kehkehkeh…
Wrangler Fashion Show dimulakan dengan persembahan tarian. Dengan bertemakan lagu Can’t Be Tamed oleh Miley Cyrus, dengan saya-saya sekali rasa nak berjoget-joget atas pentas runway. Tapiiii.. kalau saya yang menari, cuba bayangkan tiang letrik cuba menari. Kehkehkeh!! Boleh muntah hijau lima baldi!
Meraka bertiga ni lah model profesional malam catwalk tuuu… Mak aihh mana boleh lawan dengan yang profesional! Saya pulak baru pertama kali nak melangkah di pentas runway. Menggeletar kepala lutut. Kehkehkeh!
Ni pulak blogger-blogger wanita yang turut terpilih menjayakan catwalk ni. Hamboiiii jelita sungguh ketiga-tiganye. Mana boleh lepaskan peluang cuci mata. Kehkehkeh!!
Yang kacak-kacak belaka ni pula blogger lelaki yang dipilih Wrangler. Wahhh bukan main semuanya dah habis control macho muke tuh. Kehkehkeh… Turut bersama menjadi blogger model ialah CheArmster dan Hamzah Ian.
Saya pula??? Okay jom gelak dulu kehkehkeh!! Setiap langkah di pentas runway disertai degupan jantung bagai nak pecah, silap hari bulan boleh meletup dada ni dek kerana berdebar yang teramat! Kehkehkeh!! Anda semua boleh KLIK DI SINI untuk tengok gambar-gambar saya catwalk. Cehhhh nak promote jugak! Kehkehkeh!!!
Terima kasih tidak terhingga kepada dan Wrangler dan Nuffnang di atas peluang yang sangat berharga nih! Mungkin lepas ni Darkbatman akan dipanggil lagi untuk jadi model? Kehkehkeh!!!
P/S : All pictures are courtesy of MyWrangler.









