3 ekor anak Juliet vs Romeo dah semakin membesar. Dalam tak sedar, umur mereka dahpun nak masuk 2 bulan. Alhamdulillah masih lagi sihat dan cergas walaupun saya kekurangan masa nak menjaga dengan elok.
Dari kiri spot Sox, Romeo, dan Junior yang menguap. Dalam 3 ekor ini, semuanya aktif cuma Sox agak pasif lately dan paling kurus antara semua. Sebelum ini, Romeo Jr paling gemuk tapi takhta gemuk dah dapat kat Junior.
Bila tido, 3 ekor anak kucing comel ini akan tido bersama dan selalunya akan baring atas badan salah sekor antara diaorang. Setakat 2 bulan bersama, bab toilet memang bagus takde kencing merata – rata. Tak bestnya, bulu kucing boleh tahan banyak gugur atas sofa. Kira antara keburukan nak jaga kucing ini, sofa memang akan menjadi messy sikit. Tapi kalau dah nama pencinta kucing, semua itu boleh pandang sebelah mata.







