Wah kembali lagi bersama saya untuk entri emo. Dua tiga minggu ini mood agak kelaut jadi jom kita layankan perasaan hilangkan ketegangan di hati dalam entri merapu darkbatman. Perempuan pilihan lelaki? Kehkehkeh!
Perempuan pilihan lelaki dalam kontek saya kali ini adalah Perempuan untuk dibuat Isteri bukan sebagai awek bukan juga sebagai teman dikala sunyi. Perempuan mungkin lupa, lelaki ini sebenarnya BIJAK dalam mencari isteri. Bukan rupa yang dipandang tapi hormat yang dicari bak kata saya ”Walau semahal mana kereta ferrari takkan sama dengan basikal tua” Sehebat mana harga yang diberi takkan mampu dibeli dengan keringat di dahi.
Tapi kadangkala perempuan ini leka. Mungkin juga dibuai tido yang lena sehinggakan lupa permata di depan mata dibiarkan pecah menjadi kaca. Pepatah ada mengatakan ”Lelaki yang baik hanya datang sekali dalam hidup kita, tiada lagi dua mahupun ketiga” Hargailah selagi anda percaya dia Cinta yang dicari kerana ”Cinta Sejati Tidak Akan Datang Bergolek, tidak jugak mampu diganti dalam masa yang singkat dan tidak juga mudah diperolehi tanpa melalui kesukaran dan pengorbanan”.
Nasihat dari saya ”Jangan terlalu memilih yang hanya mampu mengukir senyuman buat sementara, namun penuh kesedihan untuk waktu yang selamanya” Menyesal hari ini lebih baik daripada menyesal kemudian hari bak kata pepatah ”terlajak bot boleh dibuat u turn tapi terlajak pilihan, hanya air mata mengubat penyesalan”.
P/s: Lelaki takkan bazirkan masa segalanya hanya untuk SEORANG PEREMPUAN andai pengakhirannya sekadar untuk KEBAHAGIAAN bersama lelaki lain. v(^_^)v
Hari ini saya agak hangin sikit dengan perempuan jadi topik hari ini semestinya menghentam perempuan yang tak sedar diri. Kehkehkeh! Bukanlah menyesal bukan juga geram hanya sekadar kecewa diperlakukan begini. ”Bunyinya macam putus cinta jer?” grrrrrr! Wahahaahaha..
Perempuan ini bila dah putus cinta mulalah mencari kesalahan lelaki ”kalau boleh yang buruk semuanya mahu dibuat tahi” Ye! Ye! Saya tahu anda sakit, saya juga tahu anda perlu comfortkan hati tapi orang kata ‘‘semakin kita ikutkan hati nafsu boleh menguasai diri”
Bertambah menyeksakan apabila berkapel dengan perempuan ego tahan gaban ”walaupun lelaki cuba selesaikan cara baik tetap diikutkan perangai kera sombong” Cik kak, sejauh mana kita rasa kita betul, kita hebat, kita cantik tapi jangan lupa bukan semua lelaki memandang rupa, bukan juga kedudukan apalagi mengejar harta.
Mungkin ada yang lupa ”jangan disimpan dendam disudut hati kelak merasuk diri sehingga mati” Bila dah putus cinta tu, buanglah jauh – jauh segala dendam hasrat hati yang belum kesampaian. Bukan apa, ”semakin kita ikutkan emosi semakin kita lupa diri semakin tersasar dari landasan keretapi”. Kehkehkeh!
Sikap perempuan memang azali ”mencari kesalahan lelaki untuk kepuasan hati” Jadi kalau anda, anda dan anda adalah dipihak lelaki nasihat saya cuma satu ”biarkan mereka dengan dunia yang mereka ingini”. Kehkehkeh!
Tak salah kita menerima kesalahan yang mereka lontarkan, tak juga silap kalau kita mendengar kata – kata makian mereka kerana kita juga bukanlah manusia sempurna. Wahahahaha!
P/s: Kalau dah tak suka, tak perlu diungkit lagi benda yang lama, tak perlu dicari keaiban orang andai diri hanya benang di celah gusi. Bak kata saya ”Kalau takde gigi jangan cuba mengunyah nasi kelak bersepai – sepai air liur basi”. Kehkehkeh!
Sebelum ini, saya ada melayan lirik lagu putera duyung yang agak best tapi kali ini saja nak berkongsi sinopsis duyung aridinata. Minggu ini sempat menyelit untuk beberapa episod dan takde lah boring sangat cerita ini. hehe!