DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Minuman Untuk Kuruskan Badan

 

Salam semuaa..

Sebut jer minuman untuk kuruskan badan, mesti ramai yang berminat nak tahukan? Nak kurus ini biasanya perlu bermula daripada cara pemakanan kita dan bukannya sekadar melakukan senaman sahaja.

Macam mana nak tahu minuman yang sesuai supaya badan nampak lebih kurus dan cantik? Haaa, bagi saya minuman terbaik adalah nestle bliss yogurt ataupun minuman yang kurang kandungan gula dan juga low fat milk. kehkehkeh!

Cara nak sediakan? Setiap pagi, pastikan peti ais anda penuh dengan buah dan juga air nestle bliss pilihan anda. Nestle bliss ini sangat mengenyangkan sebenarnya selain membantu sistem pencernaan anda menjadi lebih lancar. Nak tahu lebih pasal nestle bliss ini, anda boleh baca entri cabaran nestle bliss darkbatman.

Uihhh rasa macam promote nestle bliss pun ada. Wahahahahahahaa! Nak tengok cara- cara nak sediakan minuman kuruskan badan macam saya ini, boleh tengok video darkbatman dengan gigih ye! Simple dan mudah jer tapi kalau malas dah menguasai diri, sila laa tanamkan lemak dalam badan. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Rasai perbezaan selepas 14 Hari dengan Nestle Bliss!

 

Salam semuaa…

Masih ingat dengan entry Cabaran 14 hari dengan Nestle Bliss ? Sempena cabaran ni, Nuffnang dan Nestle dengan baik hatinya telah menyediakan bekalan minuman yoghurt Nestle Bliss untuk saya. Air free tu. Kehkehkeh!

clip_image001

Setelah 14 hari, ternyata saya merasai perbezaannya! Nestle Bliss mengandungi Inulin, sejenis prebiotic yang menggalakkan peningkatan bakteria baik dalam usus kita. Dan bakteria baik tu boleh menyihatkan system pencernaan kita.

clip_image002

Selain Inulin, minumam yoghurt yang sedap giler ni turut mengandungi kultur hidup. Apa kultur hidup tu? Ia juga sejenis bakteria baik yang menjaga usus kita dan memudahkan pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan nutrisi penting daripada makanan yang kita makan.

 

Tidak dapat dinafikan, lepas 14 hari saya mengamalkan minuman yogurt ni, sistem pencernaan menjadi lebih baik. Tak ada masalah nak membuang dah. Kehkehkeh. Bila sistem pencernaan jadi lebih baik, maknanya bahan-bahan yang tidak diperlukan badan dapat disingkirkan dengan mudah.

clip_image003

Kebanyakan daripada kita hanya menjaga kesihatan dan kecantikan luaran. Yang dalaman pun penting juga! Bila kita jaga kesihatan dalaman kita, secara tak langsung, kecantikan itu datang dari dalam.. cewahh. Kehkehkeh.

 

Apa tunggu lagi. Jom lah ramai-ramai beli minuman yogurt Nestle Bliss demi kesihatan sistem pencernaan anda. Dengan Nestle Bliss, hidup kita pasti lebih ceria dan bersemangat.

 

Untuk lebih info mengenai Nestle Bliss, jom ramai-ramai LIKE fan page Nestle Bliss http://www.facebook.com/NestleBliss ATAU boleh ke website Nestle KLIK DI SINI.

 


Incoming search terms:

Kurus Dalam 2 Minggu?

 

Salam semuaa..

Malam ini, badan agak kurang sihat senang cite demam. Ohh! saya demam.. kehkehkeh! Mungkin sebab cuaca agak panas lately tambah lagi dengan proses pindah rumah belum lagi selesai menambahkan lagi rasa tak larat yang terlampau kat badan ini. Kehkehkeh!

 

Hidangan untuk malam jumaat ini cuma ada Nestle Fitnesse jadi tak kesah dah shape up or shape down balun jer. Kehkehkeh! Rasa dia ummpp lebih best dari cornflakes flavor. Tapi macam mana nak kurus dengan Nestle Fitnesse dalam masa 14 hari? Betol ker program ini?

Sebenarnya takde bende mustahil kalau ada keinginan dan kesungguhan! Ayat lapuk bhaii! kehkehkeh! Dalam masa 14 hari, jadikan makanan pagi, tengahari dan petang semuanya dengan Nestle Fitnesse dan jangan sesekali sentuh nasi. Waktu malam wajib puasakan diri dari sebarang makanan berat dan berminyak. InsyaALlah akan kurus!

 

 

 

 

 

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234Depan »