DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Cabaran 14 Hari Nestle Bliss

 

Salam semuaa….

 

Hari ni saya agak gembira untuk mengumumkan bahawa saya menyahut cabaran 14 hari NESTLÉ® BLISS® !!

 

DB

 

Kenapa saya menyahut cabaran ini???? Jangan pula anda semua di luar sana tak tahu bahawa minuman yogurt NESTLÉ® BLISS® mengandungi INULIN dan kultur hidup. Apa fungsi inulin???

 

Inulin berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus untuk sistem penghadaman yang lebih sihat. Dan satu lagi fakta menarik, NESTLÉ® BLISS® merupakan satu-satunya minuman yogurt di Malaysia yang mengandunginya!

 

 

NESTLÉ® BLISS® didatangkan dalam 7 perisa berlainan iaitu Strawberry, Tropical & Mix Fruit, Mango, Blackcurrant, Kiwi, Guava, dan Orange. Minuman yogurt ini boleh didapati dalam pek 700g dan 200g. Setiap hidangan 200g nya mengandungi kalsium dan kalori, ideal untuk keperluan tubuh badan. Maklumat terperinci mengenai khasiat minuman yogurt NESTLÉ® BLISS®, sila ke website Nestle .

 

 

Apa rahsia rasa enak dalam NESTLÉ® BLISS®? Sebenarnya minuman yogurt ini diperbuat daripada jus buah-buahan sebenar tanpa penambahan sebarang pewarna tiruan. Haaaa… siapa kata minuman yang berkhasiat itu tidak sedap?

 

 

 

Berminat untuk bersama-sama saya menyahut cabaran 14 hari NESTLÉ® BLISS®??? Anda mungkin di antara 5 orang blogger bertuah yang saya akan pilih dalam cabaran ini. Yang best nya, anda juga mungkin layak untuk menerima bekalan NESTLÉ® BLISS® secara PERCUMA untuk 14 hari. Jom sertai saya, dan rasai perbezaannya!!

 

 

Bagaimana 5 blogger bertuah dipilih??? Tinggalkan email dan nama anda di ruangan komen, dan saya akan pilih menggunakan random generator dari random.org. TETAPI, pastikan anda boleh hadir ke pejabat Nuffnang jika terpilih untuk cabaran 14 hari ini. Jadi apa lagi? Mari bersama-sama DARKBATMAN merasai perubahan selepas 14 hari dengan NESTLÉ® BLISS®. Kehkehkeh! Jom ramai-ramai LIKE page Nestle Bliss di facebook .

 

 

 

P/S : Saya suka NESTLÉ® BLISS® perisa Guava. Anda pula bagaimana?

Incoming search terms:

TM Everyone Connects Birthday Bash 2010

Salam semua..

Hari ahad baru ini, selepas sesi Nestle World Walk Days, saya menerima sms daripada bro eyriqazz tentang event yang dianjurkan oleh TM Everyone Connects yang diadakan di The Curve dan khabarnya ada Bunkface. Sampai saja kat sana, semua geng talibarut kakinakl dah berlegar – legar memenuhi ruang utama event ini. ahaha!

Muka – muka familiar yang diberikan invitation oleh nuffnang untuk meraikan TM Everyone Connects ”adakah nuffnang tidak lagi sayang daku”. huaarrrghhhhhh..

Pasangan yang sedang hot bercinta Anak Perak dan Redlinda mesti sentiasa berdua tetapi kali ini, ery farieha pula nampaknya semakin terjebak dengan geng talibarut kakina. hehe!

Host untuk event kali ini siapa lagi kalau bukan Ben dan Hunny Madu dari FLy Fm. Memang tak bosan tengok celoteh diaorang ini.

Sebelum bermula event ini, bila tengok ramai sangat pergi posing dengan Sam Bunkface, saya pun turut sama tak melepaskan peluang. ahaha!

Acara bermula dengan persembahan Bunkface dan rasanya mesti semua dah tahu Bunkface merupakan Duta Tm. Woohoo..

Gadis cun ini ”Summer Ash” merupakan professional gamer.”Memang gila ahh tengok dia main games semalam”.

Acara diteruskan dengan meraikan Birthday untuk TM Everyone Connects sambil dinyanyikan beramai – ramai.

Dah siap sesi potong kek, Bunkface sekali lagi menyanyikan 3 lagu. Memang syok habis.

Habis jer BunkFace buat persembahan, kami diberitahu untuk berebut belon sebanyak yang mungkin kerana ada hadiah menarik yang menanti. ”Time ini, dah tak tengok kiri kanan janji dapat hadiah’‘ Mana laa tahu kot – kot ada psp seketul. ahaha.

P/s: Happy Birthday to TM Everyone Connects. Berbaloi – baloi apabila dapat lebih daripada 13 hadiah. Walaupun takde psp, dapat cd Ladygaga pun dah cukup teruja. hoho!

Incoming search terms:

Nestle Walk Days 2010

Salam semua…

Pagi ini, lebih kurang pukul 7 pagi saya sudah menjejakkan kaki di Taman Tasik Titiwangsa untuk memeriahkan program Nestle World Walk Days. Dengan mata yang layu, saya gagahkan diri untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang berjalan beramai – ramai.

Sampai saja, hampir 70% berbaju hijau dan sedang memanaskan badan sebelum memulakan acara berjalan kaki.

Bila nak register, rupanya dah penuh dan tshirt disediakan cuma untuk 2k saja. Rupanya aktiviti sebegini sememangnya mendapat sambutan daripada orang ramai dan teruja juga apabila melihat mereka yang mementingkan kesihatan diri.

Bukan main semangat lagi akak ini. Anda berani?

Sesekali bersenam beramai – ramai macam ini best jugak!

Sepanjang acara tadi, saya jumpa seorang jer blogger iaitu Jen daripada Bedtimestorie.com. Psstt, beliau menang 3k ritu masa vaseline.. Makcik kayo! ahaha.

Lebih kurang setengah jam aktiviti memanaskan badan, acara berjalan kaki dimulakan tetapi saya tak join pun sebab takde t shirt free. hakhak.

Sementara menunggu pasukan berjalan kaki sampai, sempatlah berposing sekejap.

20 minit berjalan kaki, mereka dikumpulkan setempat dan lebih kurang 500 freegift diberikan tetapi sebelum itu, setiap seorang perlu melakukan aksi yang unik.

Sporting gila abang ini kan?

Tak cukup dengan yang muda, uncle ini pun turut sama bagi shoot terbaik. hehe!

Memandangkan 500 saja freegift diberikan, ramai yang berebut – rebut.

Dah keluarkan setitik dua peluh jantan, saya pun bergegas balik memandangkan pukul 3 petang, ada acara meraikan Besday TM Connect di The Curve. Esok saya akan updatekan event yang ini memandangkan agak penat hari ini.

P/s: Thanx eyriqazz sebab ajak saya join event Tm tadi. Agak seronok memandangkan dapat banyak hadiah. hehe! Yahuuu dapat cd LadyGaga.

Incoming search terms:

Muka Surat : « Undur1234Depan »