DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kenapa Saya Suka Facebook l Traffic Free Tanpa Seo

Salam semua…

Beberapa hari ini saya agak aktif dengan facebook berbanding twitter kerana belum khatam sepenuhnya untuk addicted dengan twitter. hehe! Setelah kisah gelap berlalu semalam hari ini saja nak test kawan – kawan dekat facebook untuk hilangkan waktu bosan di tengah malam tambah lagi sedang mencari momentum berblogging dengan jayanya.

Menjadi rutin harian, online facebook selepas blog darkbatman dan akhir – akhir ini, agak ramai yang request untuk add friend dan juga private mesej. Sehari boleh dianggarkan lebih kurang 150 rakan baru tetapi agak pelik kerana untuk page saya agak lembap berbanding facebook biasa.

Sebenarnya, saya lagi suka online dengan facebook kerana respon yang diberikan agak menggalakkan. Sebelum ini, saya cuma buka facebook untuk main games online dan lately, semakin ramai yang mesej dan komen berkaitan dengan fitness. Lontarkan saja sebarang words kat wall, mesti akan ada respon dan paling saya hapi apabila mendapat respon dalam entri fitness.

Kadang – kadang games facebook ini seakan melekakan kita.

Tak semua mesej yang diterima berkaitan dengan fitness tetapi buat masa ini, saya cuma sempat reply entri tentang fitness memandangkan kekangan masa ada. Sebenarnya bagus juga apabila aktif berfacebook kerana traffic saya lebih mantap apabila post dalam wall di facebook dan tidak hanya bergantung kepada seo semata – mata.

Seperti yang kak kujie cakap apabila terlalu kejar seo, satu masa kita akan rasa penat dan entri akan lebih kurang sama dengan paper harian metro. Banyak yang betul dalam bebelan Kak Kujie dan dua minggu ini, saya lebih selesa apabila lebih banyak entri tentang fitness diterapkan di dalam blog saya. Facebook merupakan teknik kedua saya untuk mendapat traffic free jadi kalau sesiapa nak tempek entri di dalam facebook saya, anda dialu – alukan. Peaceeee..

P/s: Esok saya akan pergi Nestle Walk Days jadi komen rakan – rakan akan di balas pada malam hari. Jomlah join sesama untuk mantapkan lagi badan anda bersama Nestle.

Incoming search terms:

Nestle NHW How Am I?

This is Sticky Post entry.. Scroll Down For The Next Entry..

Salam semua..

Setiap hari, exercise merupakan rutin harian saya kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar yang jarang dititikberatkan oleh kita semua. Sebelum ini, ramai yang bertanya ‘’apa diet yang saya ambil, bagaimana menu harian saya, berapa kalori yang perlu diambil sehari’’ dan banyak lagi persoalan yang diutarakan oleh rakan – rakan.

Kalau dulu, saya kena membuat rujukan untuk mendapatkan hasil badan yang mantap eh mantap ker’’ tetapi bagi saya as a fitness trainer, bentuk badan yang sedikit sempurna menjadi tumpuan utama untuk mendapatkan client. Tetapi sebelum dapat bentuk badan yang diingini, saya sama seperti mereka yang bekerja keras untuk menjadi seperti taylor twilight. Ahaha!

Walaupun anda kurus tak bermakna anda tidak akan gemuk dan walaupun anda gemuk tidak bermakna selamanya anda akan menjadi gemuk. Persoalannya ‘’Bagaimana untuk menjadi kurus dan sihat? Bagaimana untuk mendapatkan badan berketul – ketul?‘’ Jawapannya mudah saja ‘’Good Food, Good Life’’. Pemakanan yang teratur akan mempercepatkan proses badan anda transform kepada bentuk yang diingini.

Anda boleh berlari 10km sehari tetapi kalau setiap hari pengambilan makanan anda melebihi kalori yang perlu diambil, badan anda tetap gemuk! Menjaga pemakanan tidak susah mana selagi ada kandungan nutrisi yang didapati pada setiap label produk dan itu yang saya lakukan untuk menjaga kesihatan saya.

Nestle dan Wellness Profiler?


Tetapi jangan lupa, darimana datangnya produk kalau bukan dari pengeluar yang mementingkan kesihatan untuk semua dan kini Nestle semakin jauh melangkah dengan memberi pendekatan betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan seharian selain menjadi pusat rujukan bagi nutrisi dan kesihatan. Ehh, Nestle juga memberi panduan bagaimana untuk makan dan hidup dengan sihat! Wohoo! Lepas ini, saya tidak lagi pening untuk memilih produk kesihatan yang bagus. Hehe!

Sebelum ini, saya cuma fikir Nestle merupakan pengeluar produk makanan sihat tetapi kini, apa yang bestnya Nestle menyediakan Wellness Profiler untuk anda yang mementingkan kesihatan terutamanya iaitu ujian untuk mengetahui anda seorang Manager, Investor, Advocate atau Hopeful serta memperolehi pemahaman yang bernilai tentang pendekatan anda terhadap pemakanan dan kesihatan. Jom check it out!

15 soalan perlu dijawab untuk mengetahui tahap kesihatan anda

Hanya 3 minit saja diluangkan untuk menjawab kesemua soalan semudah ABC. Hoho!

Exercise merupakan soalan wajib yang perlu dijawab. Hoho!

Waaa, im a model of health. ‘’Im matured, motivated and maginificent’’. Yahuuuuu!

Saya seorang Advocate? Wah, model kesihatan? Jom kita tengok karekter group yang menempatkan saya dikumpulan advocate ini!

Saya agak cerewet dalam pemilihan menu harian. Anda macam mana yer?

One step closer to be perfect!

Golongan Manager ini lebih sesuai bagi anda yang sibuk dengan kerja dan mengambil mudah tentang kesihatan. Ohh, My!

Seronok juga apabila apabila usaha kita lakukan mendapat pengiktirafan. Hoho! Are you daring to take the challenge? Can’t wait to see if u can be a health model toooo. Ahaha. Jom masuk ke facebook Nestle sekiranya anda ingin melakukan perubahan untuk kesihatan yang maximum!

Nestle juga bukan hanya menyediakan maklumat pemakanan yang terperinci dan sangat bagus bagi anda yang sedang dalam proses memperbaiki tabiat makan dan gaya hidup. Saya sarankan anda lebih rajin mengodek website nestle.com.my! Kenapa?

Sebelum ini, dalam setiap panduan saya untuk menguruskan badan, saya salu menekankan untuk mengambil sarapan dan nampaknya Nestle mengukuhkan lagi SEBAB anda perlu bersarapan pagi! Boleh masuk nestle.com.my/dearnestle untuk tips kesihatan yang lengkap.

Terujakan dengan Nestle? Haaa, bukan setakat maklumat kesihatan saja yang anda boleh dapat dengan Nestle kerana 21hb November 2010 ini, Nestle mengadakan nationwide on-ground event sebagai demontrasi ‘’Kesihatan adalah menyeronokkan’’ di mana anda boleh menyertai World Walking Day beramai – ramai di 6  lokasi pada masa yang sama.

Masa: 6-30 pagi -11.30 pagi

Lokasi yang dipilih :

•          Kuala Lumpur: Taman Tasik Titiwangsa

•          Penang: Polo Ground, Jln Sepoy Line

•          Kuantan: Padang MPK 1

•          Johor: Taman Sri Stulang

•          Sabah: Penampang Sports Complex Stadium

•          Sarawak: Waterfront, Kuching

P/s: Berjalan kaki membantu membentuk otot yang lebih kenyal dan bagus untuk peha dan bontot! Nestle menceriakan kehidupan saya dengan nutrisi yang seimbang dan membantu mengekalkan kesihatan saya pada tahap maximum! Terima kasih Nestle!

Incoming search terms:

Senaman Hilangkan Lemak Bahagian Belakang Badan l Upper Back

Salam semua…

Seperti saya janjikan, bulan ini saya agak rindu untuk post entri kesihatan dan here we go! Saya tahu anda semua memiliki lemak degil yang ingin dibuang jauh – jauh malangnya sangat sukar untuk mencari ubat yang mujarab! Anda jangan risau, kat blog darkbatman, semua ubat ada kecuali tongkat ali dan kacip fatimah! ahahaha.!

Untuk kekal tegap dan langsing bagi perempuan, lemak sebegini perlu ditumpaskan dengan kadar segera. Bagaimana nak menjadi handsome dan menawan? Anda cuma perlukan dumbell 2.5kg bagi perempuan dan 10kg bagi lelaki. Kalau berat sangat, anda boleh kurangkan pada yang lebih ringan! Jangan paksa diri nanti makan diri! hoho!

Bagi senaman memecahkan lemak di bahagian belakang badan ( upper back ), bongkokkan badan dan sambil memegang dumbell, luruskan tangan ke bawah. ( Gambar pertama ).

Kemudian, gerakkan lengan ke atas seperti yang ditunjukkan di dalam gambar kedua. Ulangi langkah ini sehingga tiga set, setiap set dalam kiraan 12-15 kali.

Meh layan video suka suka dari darkbatman. Hoho!

P/s: Praktis Make Perfect tetapi jangan pula anda lupa, Kemalasan menjadikan kegendutan. Anda pilihlah mana yang anda suka! hehe! Opps tambahan, apa kata kita meriahkan Nestle World Walk Days pada 21hb november ini di Taman Tasik Titiwangsa? Paling kurang menitis jugak setitik dua peluh jantan nanti. ahahaa! Macho wooo!

Incoming search terms:

Muka Surat : « Undur1234Depan »