DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Nuffnang Asia Pasific Blog Awards (Napbas 2011)

 

Salam semuaa..

Tanpa membuang masa, saya nak ucapkan TAHNIAH buat abangnara atas kemenangan beliau untuk kategori BEST ENTERTAINMENT BLOG di  Nuffnang Asia Pasific Blog Awards (Napbas 2011). Tahniah! Tahniah! Tahniah! Kemenangan yang menjadi perangsang buat para blogger untuk lebih bersemangat menulis blog.

Hari yang dijanjikan akhirnya tiba tapi malangnya saya sampai dipermulaan event kerana kekeliruan pada alamat dan kesesakan lalulintas di hari jumaat. Dengan rasa gemuruh dan sedikit gementar, akhirnya sampai juga di JW Marriot tapi semua blogger dahpun masuk kat dalam ballroom. Sedikit perasaan cemas bersalut di hati! Kehkehkeh!

Bertemakan Black Tie, pertama kali memakai kot untuk event yang besar. Nervous! Nervous!

Apa pun, terima kasih bebanyak buat nuffnang yang sudi invite saya untuk event berprestij kali ini. Sangat bermakna boleh jumpa dengan Top Blogger dari negara yang berlainan. Pengalaman yang mungkin tak dapat nak diluahkan dengan kata – kata. Luah dalam hati jerlaaa nampaknya.

Dah nama anugerah semestinya mengharapkan acara yang penuh kejutan. Persembahan pembukaan memang terbaik dengan tarian tiang selain dimeriahkan sekali dengan Reshmonu, James Baum dan lawak Harith Iskandar. Ada betulnya bila dia cakap tentang lirik Grenade Bruno Mars  ”I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)”. Kalau sayang isteri sekalipun, takkanlah nak pilih grenade. Tak sayang bini namanya tu. Kehkehkeh!

Sesambil makan, sesambil tengok pemenang bagi setiap kategori yang dicalonkan. BEST PHOTOGRAPHY BLOG dimenangi oleh www.photoblog.hk. Gambar makanan takde untuk entri kali ini sebabnya photographer saya terpisah ke meja lain. Susah bila tak bawak kamera sendiri.

Nampak? Nampak? Nampak ape? Tuu haa awek cun! Sueannajoe! Kehkehkeh!

Dah habis penyampaian awards, aksi bergambar pula diteruskan. Kalaulah ada awards untuk bergambar paling banyak agaknya siapa yang menang ehhhhh? Semestinya blogger perempuan! First picture from napbas 2011, bergambar dengan Viruspadu. Sentiasa gorgeous always! Last jumpa masa kat Mek T bulan puasa lepas.

Dikelilingi oleh dua blogger cantik, Rohani dan Reen. Hi girls! Kehkehkeh!

Daniel Adie? Ehh siapa Daniel Adie? Kenal dia bila Nisa Kay selalu ehh kerap menyebut nama keramat Daniel Adie time tengah serabut mencari destinasi Napbas 2011. Dah masuk dalam kereta, dah bergerak suku jalan semua tak tahu tempat kat mana terus otak hang sesaat! Sigh*

Partner satu kereta th3bor3dsha. Nasib ada pertolongan gps kak sha, kalau tak mesti kecewa 44 hari tak sampai di Marriot. Kehkehkeh!

Di mana ada Viruspadu, mesti ada Ceeramoon. Terpandang selepas dia dah nak balik tapi sempat kejar untuk bergambar. Nasib tak lari 100 meter w boot! Baru terbaca kat entri dia ”budak jiwang dalam twitter”. Jiwang ker? Kehkehkeh!

The bloggers @napbas2011.  th3bor3dsha,  Putra, Ciklilyputih,Me, Madam, Wawa, and  Alyza Fisol.

 

Dah habis bergambar dengan blogger, diteruskan lagi dengan nuffies. Bersama Thara yang sama berbaju hitam!

W Farah yang berbaju hitam. Ehhh tema semua black bila berposing nampak sedondon! Kehkehkeh!

W Sara Khoo.

Acara meninggalkan jejak di board napbas merupakan aktiviti last sebelum balik ke rumah. Napbas ni dianjurkan setahun sekali tapi berlainan negara jadi next year pastinya bukan kat Malaysia. Being a blogger pun diiktiraf seperti artis! Lepas ini kena berusaha lebih supaya mendapat tempat di hati reader nampaknya.

 

MORE PICTURES : LIKES FANPAGES DARKBATMAN.COM

 

 

 

P/s: Tak sempat nak bergambar dengan top blogger sebabnya terlalu ramai yang menunggu untuk snap bersama dorang. Nama pun TOP jadi saya cuma menunggu kat luar ballroom untuk bergambar. Thanx nuffnang for this invitation such a great honor to be there!

 

 

 

 

Incoming search terms:

Men in Black #napbas

 

Pertama kali wearing a black suit di event berbesar nuffnang #napbas. More stories will update later! Kehkehkeh!

Apa yang Best dengan Samsung Notebook Series 7 Chronos Terbaru?

 

Salam semuaa.

Samsung Series 7 Chronos? Hui memang tak lena tido dibuatnya lagi sekali bila dapat tengok secara live depan mata. Komputer riba yang selalu saya rasa femes biasanya Asus, Acer, Compact dengan Dell tapi bila tengok keluaran series 7 dari samsung fuhhh terus goyah hati ini. Smart habis!

 

Dengan  screen bezel yang diselaputi aluminium, Samsung series 7 ini lebih nipis iaitu 7mm dengan skrin 14” saja berbanding dengan Dell XPS 14z.

 

Kalau anda perasan, port  Gigabit Ethernet turut dimodikasi oleh samsung di mana bersesuaian dengan bentuk yang lebih slim. Apa yang best dengan Samsung series 7 ini adalah mempunyai masa boot yang lebih pantas berbanding komputer riba biasa iaitu 19 saat sahaja. Tak perlu nak tunggu lama dan sekiranya dibiarkan dalam mod hibernasi, Series 7 chronos ini boleh dihidupkan dalam masa 2 saat. Cool gila kan?

Berbeza dengan komputer riba, Samsung series 7 didatangi dengan papan kekunci yang bercahaya kiranya memudahkan anda menaip dokumen walaupun dalam keadaan bergelap. Paling penting selain spesifikasi luaran, jangka hayat bagi bateri lebih lama iaitu 8 jam.

Semalam, saya diinvite oleh pihak nuffnang untuk pergi ke pelancaran Samsung Series 7 Notebook di Hilton, kl yang dirasmikan oleh pengarah urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd iaitu  Kwon Jae Hoon.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan komputer riba yang bukan sahaja memberi inspirasi dan memperkayakan kehidupan pelanggan tetapi juga komputer riba yang memenuhi pelbagai permintaan pengguna dan segmen pasaran yang berbeza”.

Samsung Notebook Series 7 boleh diperolehi pada harga RM3599 di pasaran.

Selain saya, Tianchad dan Ciklily turut memeriahkan majlis pelancaran Samsung kali ini.

 

Saya tidak pulang dengan tangan kosong tapi bawa balik bersama pendrive band dari Samsung. TQ Nuffnang dan Samsung kerana invite saya untuk media press gadget terbaru kali ini. Kehkehkeh!

 

MORE PICTURES : LIKES FANPAGES DARKBATMAN.COM

 

 

 

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234567...17Depan »