DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Cara Berfesyen Bagi Lelaki

 

Salam semuaa..

Sebelum ini, saya ada bagi Tips untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa fesyen tapi hari ini saya nak selitkan pula Cara Berfesyen Bagi Lelaki. Mana tahu mungkin membantu anda di luar sana? Kebiasaannya penampilan seseorang lelaki itu penting kerana mencerminkan peribadi mereka jadi janganlah mengambil mudah dengan cara pemakaian anda.

Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki ‘alert’ dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan terutama mereka yang berisi. Mungkin kerana tiada konfiden tapi lelaki berisi boleh kacak apa? Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.
Simple tapi smart - Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.

Santai bukan membosankan - Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.

Berhati-hati memilih t-shirt - Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.

Jangan terikut pada trend - Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Kerana tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.

Jangan beli kerana brand - Sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi buruk macam kain lap kat dapur.

Teruskan membentuk image tersendiri - Cuba bentuk style anda yang tersendiri. Jangan malu untuk meminta pendapat - Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.

P/s: Berfesyen ini sebenarnya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikkan anda.

 

Incoming search terms:

Seluar Jeans dan Cara Pemakaiannya

Salam semuaa..

Mungkin anda juga seperti kebanyakan lelaki lain iaitu mempunyai beberapa helai jeans dalam almari. Semestinya jeans itu menjadi pakaian harian mahupun hujung minggu yang paling selesa. Biarpun anda menyukai jeans tersebut, namun mungkin anda pernah menghadapi masalah tidak tahu bila untuk memakainya dan apa padanan sesuai untuk digayakan. Saya kongsikan panduan untuk mengayakan jeans pilihan anda mengikut kesesuaian majlis.

1. Semua jeans tidak direka sama. Ada jeans yang direka sangat kasual dan ada yang sesuai untuk gaya smart casual. Oleh itu, pastikan anda mempunyai kedua-dua jenis jeans ini di dalam almari pakaian. Jeans kasual lebih pudar, berkedut dan mungkin juga sedikit koyak. Manakala jeans berwarna gelap dengan potongan yang kemas lebih sesuai untuk acara yang semi formal.

2. Sehelai jeans tidak akan menyerlah tanpa padanan yang sesuai. Apa yang anda suaipadankan dengan jeans akan menonjolkan diri ataupun menjadikan anda kelihatan terlalu kasual. Padanan jeans dengan kemeja button-down jenis slim fit membuatkan anda menyerlah dan sesuai untuk temujanji kasual. Sesuai juga untuk ke pejabat jika anda bekerja di bidang kreatif dan pada sebelah malamnya, gayakan dengan jaket kasual.

3. Gayakan jeans rona gelap anda dengan blazer. Ini akan menonjolkan diri dengan gaya yang lebih kemas dan anda kelihatan sangat moden apabila digayakan dengan sepasang kasut sesuai.

Incoming search terms:

Pertama Kali Tengok Filem Cina seperti Filem Porno

 

Salam semuaa…

 

DSC_0605Laju jer tangan tu menekan entri saya kan? Okey, stori ini memang betul punya takde tipu – tipu. Filem Porno? Lepas ke kat pawagam? Kena baca entri saya sampai habislaa kan? Kehkehkeh!

 

Minggu ini, dengan rajinnya saja nak hiburkan diri dengan filem terbaru tapi dengan main terjah sesuka hati, saya main rembat jer mana – mana filem yang mungkin best dan time tuu yang ada ‘’Men Suddenly In Love’’.

 

Time tuu poster memang tak nampak langsung kiranya memang gamble jerla filem ini best atau tak. Baca sinopsis dulu ye!

 

Five graduates from different years come together to celebrate their secondary school teacher Master Jude’s 80 year-old birthday. Master Jude is a happy-go-lucky bachelor who enlightened them on the matter of sex during their school days

 

f_21comedy Dari permulaan cerita yang bermula dengan Master Jude yang diserbu oleh pelajar beliau kerana melakukan b2b di rumah urut dan episod bermula dengan selingan 5 orang pelajar yang diajar pelajaran seks semasa di sekolah sehingga mempunyai isteri yang tiada masa untuk melayan keinginan mereka kerana kesibukan bekerja. Kehkehkeh!

 

Kecewa dengan layanan isteri, mereka berpakat berjumpa dengan Cikgu Seks diaorang selain menyambut harijadi yang ke 80. Sebelum tuu, ada 5 selingan (5 kali woo selingan berbeza memandangkan 5 orang pelajar )yang lucu tapi lucah di mana part mereka meminta isteri melayan di atas katil. Kehkehkeh!

 

Time tu, saya memang gelak tak hengat lagi – lagi lakonan Eric Tsang memang kelakar habis! Seyesly, kalau anda perempuan, jangan pergi tengok sebab lebih sesuai untuk tontonan lelaki. Kehkehkeh!

 

Men-Suddenly-In-Love5-300x199

Dalam perjalanan nak sambut harijadi Master Jude inilah diaorang terserempak dengan 5 orang model yang tengah buat photoshoot dan kat sini bermulanya kisah diaorang mula menggatal.

Part pegang pedang kayu tuu nampak macam biasa tapi sebenarnya perempuan ini berlakon buat – buat dirasuk dan menggoda supaya boleh tidur dengan pasangan dia. Kehkehkeh!

 

Part paling best, time Eric Tsang kepenatan setelah bersama dengan model yang dia sangkut tuu dan time nak balik ‘’kaki dia dah menggeletar sebab dah banyak round’ tapi balik jer rumah ‘’isteri dia pulak tibe – tibe menunggu turn untuk dilayan’’ sampaikan terpaksa merangkak untuk berjalan. kehkehkeh!

 

Apa yang saya boleh cakap, dari awal sampai akhir banyak adegan lucah yang tidak dipotong dan boleh dikatakan 80% lelaki dalam pawagam gelak gila – gila. Tak tahu la kan gelak sebab seronok ataupun teruja dengan pakaian model yang hanya pakai bra n spender. Kehkehkeh!

 

 

P/s: Pertama kali tengok cerita macam ini sampaikan banyak kali fikir ‘’aku tengok cerita lucah ker ini’’. Kehkehkeh!

Incoming search terms: