DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips Mengelakkan Diri dari Menjadi Mangsa Fesyen

 

Salam semua.

Selalunya terdapat dikalangan anda yang terlalu taksub dan obses dengan fesyen yang up to date sehingga menggayakan fesyen yang mengundang reaksi kurang selesa daripada orang sekeliling. Mangsa Fesyen ini dikatakan cenderung mencuba apa saja pakaian dan membeli apa saja barangan yang dicadangkan oleh orang lain sehingga menjadi bahan kritikan tanpa disedari mencacatkan mata yang memandang.

 

Beberapa Tips yang Mungkin boleh dikongsi bersama;

Sentiasa jadi diri sendiri

Pilih pakaian dan aksesori yang kita fikirkan menarik, bukan semata-mata mengikut trend fesyen. Bila berfesyen pastikan memilih yang bersesuaian dengan umur, potongan tubuh badan, imej dan personaliti serta mengambil kira acara, majlis dan lokasi.

Usah berlebihan

Jangan terlebih dalam berfesyen. Anda tidak perlu gayakan semua pakaian dan aksesori popular dalam satu masa. Ia kelihatan pelik dan janggal. Cadangan saya, tidak perlu membazir, memadai membeli beberapa pakaian yang trendy mengikut musim. Kemudian, suai dan padan dengan item fesyen asas yang terdapat di dalam almari pakaian anda.

Suai dan padan

Pakaian baharu yang sesuai dipraktikkan suai padan bersama item fesyen lama secara bijak dan kreatif. Selalunya, kaedah ini membantu menyuntik penampilan yang lebih menarik dan segak. Lagipun, ia menjimatkan wang anda.

Rancang beli-belah

Sebelum anda bercadang untuk membeli pakaian ataupun aksesori baharu, tanya diri sendiri sama ada anda membelinya kerana ia barang terkini atau kerana anda betul-betul memerlukannya? Jika anda membeli hanya kerana jenama barangan tersebut, lupakan sahaja kerana lama-kelamaan anda kurang menyukai pakaian itu.

Jangan mudah terpengaruh

Pengaruh memainkan peranan penting dalam memilih pakaian. Asal nampak hensem dan stylo semua pun nak bertukar jadi stylo sama. Bukan tak boleh cuma kena sesuaikan dengan badan. Kalau model berketak pakai baju fit tapi badan anda cuma hanya 1 pack ke depan , pakai pula baju fit rasanya sangatla tidak cool!

P/s: Mengambil inspirasi untuk lebih bergaya tidak salah, cuma ia perlu disesuaikan dan diolah mengikut gaya hidup.

Incoming search terms: