Salam semuaa..
Bapa? Mungkin kedengaran sedikit janggal tetapi peranan bapa tak dinafikan lagi dan kali ni saya nak tampilkan beberapa icon bapa yang menjadi ikutan fesyen terkini.

Jude Law
Jude Law diakui kacak danmempunyai aura sediki nakal dan paling penting dia berjaya menggabungkan gaya kontemporari dan klasik yang cukup memikat dan bersahaja tanpa perlu mencuba. Dia juga kelihatan lebih muda daripada usianya dan mem punyai kualiti yang boleh kita senaraikan sebagai Ikon Fesyen.
Dia selalu bergaya kemas dan rapi tetapi pada masa yang sama kelihatan cukup santai. Dia bijak bergaya mengikut acara dan tempat, misalnya sentiasa memakai tuksedo potongan klasik dalam rona biru bagi acara formal.

David Beckham
Beckham cukup dihormati kerana punyai keyakinan yang tinggi, ceria dan cukup memberikan inspirasi kepada para penyokong-penyokongnya. Dia tidak takut untuk bereksperimentasi dengan fesyen. Dia bijak mengikuti trend fesyen yang diolah mengikut interpretasinya sendiri. Dia sentiasa mengejutkan dengan gayanya yang kadangkala melawan arus fesyen. Dia juga digelar Lelaki Metroseksual dan menjadi ikutan remaja sehingga hari ini.

Johnny Depp
Depp cukup dikenali dengan gaya individunya. Kadangkala gaya dia berpakaian terarah lebih kepada kostum. Namun, gayanya cukup unik dan seperti kombinasi watak seperti Indiana Jones, penyanyi rock dan juga lanun. Cukup cool dan hip. Antara aksesori yang tidak boleh ditinggalkannya ialah:
* Cermin mata hitam berwarna
Depp memakai cermin mata bukan hanya untuk bergaya malah kerana mata kiri beliau sememangnya mempunyai masalah pandangan jarak jauh. Dia selalu memilih cermin mata potongan klasik dengan cermin berwarna biru atau ungu.

Will Smith
Dia adalah contoh bapa yang paling hip berdasarkan gayanya yang cukup bersahaja (laid-back style) dan sentiasa kelihatan hebat di karpet merah. Jika dibanding dengan selebriti yang lain, Smith kelihatan cukup gembira tanpa dibuat-buat dalam foto-foto yang dirakamkan oleh lensa jurugambar.





