Salam semua…
Pelancaran Proton Inspira telahpun berlangsung semalam 10 November 2010 di semua pusat pameran proton. Saya sempat menghabiskan masa sekejap memandangkan pusat pameran proton bersebelahan dengan The Curve.
1st reaksi, wow! Proton Inspira sebijik sama macam lancer cuma design bahagian depan agak berbeza sedikit. Malangnya semalam tak sempat nak pandu uji inspira.
Dari sisi, Proton Inspira ini sama saja dengan Mitsubishi Lancer. Kereta Inspira ini didatangkan dengan 4 warna yang menarik iaitu Plum Red, Solid White, Genetic Silver dan Tranquility Black.
Menggunakan enjin Mivec, 4 silinder, DOhc 16V untuk pemanduan yang lebih agresif
Ruangan meter yang lebih stylish!
Mempunyai kawalan auto cruise pada stereng untuk mengawal kelajuan. Spec Proton Inspira nampaknya semakin maju kehadapan.
CVT dengan INVECS – III
Tempat duduk penumpang yang agak mewah dan selesa selain mempunyai ruang belakang yang boleh dilipat dan juga boleh memuatkan sebuah basikal. hoho!
Sport Mode dengan Paddle Shift yang mempunyai 6 step kawalan shift bagi memudahkan pemandu untuk lebih relax ketika memandu Proton Inspira.
Kali ini, kereta Proton Inspira ini nampak lebih exclusive dengan penyusunan panel untuk memudahkan pengguna. Semuanya disebelah pintu pemandu dan nampak lebih tersusun.
Inspira ini dipasang hampir sepenuhnya oleh Mitsubishi dan cuma berbeza pada bahagian depan. Bagi saya, sangat berbaloi dibeli kerana Proton Inspira ini nampak lebih kukuh dan tidak mudah kemek!
Senarai Harga Proton Inspira bagi Semenanjung Malaysia;
Harga Proton Inspira Semenanjung Malaysia
Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
Harga Proton Inspira Di Sabah dan Sarawak
Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Harga Proton Inspira Di Langkawi
Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
Kalau berminat nak tempah atau pandu uji Proton Inpira 2010 ini, hubungi;
Proton Edar Sdn Bhd,
Rosmawatie Binti Mat Desa,
Tel: 603-77223221
No Tel : 016-4857220
P/s: Tengok pada spec Proton Inspira ini macam agak berbaloi untuk dimiliki kerana minyak agak menjimatkan berbanding kereta proton lain.

















