DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Keputusan Terkini Liga Super 2011

KEputusan terkini Liga Super 2011 agak lambat update sebab kekangan masa yang melanda beberapa minggu ini. Apa pun, agak mengecewakan apabila pasukan kegemaran saya, team Kelantan hanya sekadar seri dengan Kedah walaupun banyak peluang yang boleh ditembusi tapi gagal digunakan oleh pemain.

Incoming search terms:

Keputusan Live Kelantan vs Kedah 2011 l Liga Super 25 Februari 2011

Malam ini baru saja berlangsungnya Perlawanan Liga Super 2011 l Kelantan vs Kedah Live di astro Arena jam 8.45 malam di di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah.

Keputusan Kelantan vs Kedah 2011 akan diupdate secara live jadi pastikan anda setia bersama saya.

Separuh minit pertama, Kelantan nampaknya menguasai permainan dan penjaga gol Khairul Fahmi nampaknya kebal dari serangan pasukan Kedah.

Daudsu dilayangkan kad kuning pertama dan permainan masih lagi dikuasi oleh Kelantan. Minit ke 34, kedah mendapat sepakan percuma tetapi gagal menjaringkan gol.

Kad kuning kedua dilayangkan kepada pemain Kedah iaitu Mohd Fauzie Nan dan 44 minit perlawanan, pemainan seolah hambar dan kurang bertenaga.

Sepakan percuma oleh Zairul Fitree tapi masih gagal dimanfaatkan oleh rakan sepasukan.

Habis separuh masa pertama dan pasukan Kelantan vs Kedah terikat seri satu sama lain.

Separuh masa kedua sudahpun bermula.  Minit ke 50, Kedah hampir merembat gol tapi gagal.Pasukan Kelantan seolah nampak goyah sedikit.

Minit 54′ Azlan Ismail hampir menjaringkan gol buat pasukan Kedah. Nampaknya serangan Kedah bertubi – tubi malam ini.

57′ Kedah akhirnya menjaringkan gol melalui jaringan Azlan Ismail yang melepasi Khairul Fahmi. Rasanya malam ini, pemain pertahanan Kelantan agak goyah dan kurang komunikasi.

Kedah mendahului 1-0 dan hopefully pemain Kelantan akan menemui rentak permainan.

60′ Zairul Fitree ditukar dengan Subramaniam.

70, pemain Kedah MOhd Sabri Abu dilayangkan Kad kuning. Bilalah Kelantan nak gol ini.

73′ Kedah mendapat sepakan percuma dan Nizad Ayub dibawa masuk menggantikan Mohd Nurul Azwan.

77, Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan oleh pemain Kedah tapi pengadil mungkin tak nampak.

78, Kelantan akhirnya berjaya menjaringkan gol melalui Nor Shahrul Idlan Talaha.

Kedah kini terikat seri 1-1 satu sama lain dengan Kelantan.

Kedah kini seri dengan Kelantan. Banyaknya jaringan yang tidak disempurnakan oleh kedua – dua pasukan. Tahniah buat kedua pasukan. Apa pun, diharapkan pemain Kelantan akan berusaha dengan lebih baik apabila kunjungan Kedah ke Kelantan nanti.

Incoming search terms:

Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2010/2011

Musim baru bakal menjelang tiba iaitu bulan Januari 2011 di mana Liga Malaysia kembali menjengah. Spekulasi perpindahan pemain Liga Malaysia 2010/2011 menjadi topik utama dalam bolasepak Malaysia. Apa kata kita lihat serba sedikit spekulasi perpindahan pemain yang sedang melanda bolasepak Malaysia.

Indraputra Mahyuddin (Kelantan ke Negeri Sembilan)

Farizal Marlias (Perlis ke Negeri Sembilan)

Shafiq Jamal (Kedah ke Pahang)

Khairul Anuar Baharom (Selangor ke ATM)

Norhafiz Zamani (KL Plus ke Perak atau Kelantan)

Safee Sali (Selangor ke Perak)

Amri Yahyah (Selangor ke Perak atau Kedah)

Razali Umar Kandasamy (Perak ke Kedah atau Pahang)

Zaiza Zainal Abidin (Selangor ke Pahang)

Selepas ini, demam bola sepak Malaysia bakal kembali menceriakan hari – hari saya. hehe!

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »