DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

SENARAI PEMAIN KELANTAN 2012

 

SENARAI PEMAIN KELANTAN 2012 | Pengumuman terkini mengenai Skuad Kelantan 2012 telah dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa. Jom tengok senarai skuad Kelantan 2012.

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Keputusan Piala Malaysia 2010 l Suku Akhir Kelantan Vs Selangor

Semalam berlangsungnya perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2010  kedua di mana menyaksikan perlawanan antara Kelantan vs Selangor yang akhirnya berpihak kepada pasukan kelantan 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

 

Dengan penyokong seramai 25, 000 orang, Selangor dilihat bermula garang dengan menguji penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menerusi Amri Yahya yang berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti, namun sepakannya tidak cukup kencang untuk menggegar jaringan lawan.

 

Gol pertama dirembat mudah oleh Norfarhan Mohamad dan Kelantan yang mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang perlawanan itu terus ghairah memburu gol dan Selangor pula dilihat hilang punca dengan pemainnya sering melakukan kesilapan mudah. Pada minit ke-24, Kelantan selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan Akmal Rizal.

 

Malam bergaya Kelantan itu disudahkan dengan jaringan ketiga Badri Radzi pada minit ke-79 yang bijak menyambar hantaran Akmal Rizal sebelum merembat kencang ke gawang lawan. Kemenangan itu menyaksikan Kelantan pasukan pertama layak ke pusingan separuh akhir dengan agregat 3-0.

P/s: Rugi tak dapat ke stadium semalam. Gomo Kelate Gomo!

 

 

Update :

KEputusan Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2010

Sabtu, 16 Oktober 2010

Perlis
Kedah
Pahang
1 – 3
3 – 0
2 – 1
N.Sembilan
Terengganu
Johor FC

Incoming search terms: