DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Panduan Pemakanan Seimbang

Salam semuaa..

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Penyakit Gout Bahaya Kepada Lelaki?

 

Salam semuaa..

Dah lama nak buat entri tentang penyakit gout tapi kesuntukan masa akhirnya terperam lama dalam draft. Penyakit gout seringkali banyak menyerang lelaki dan hanya menyerang kaum perempuan yang menopaus.

Penyakit Gout

Apabila penyakit gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Penyakit Gout

Tanda – tanda penyakit gout biasanya sakit yang melampau dan mengejut biasanya bermula pada satu sendi sahaja terutama pada ibu jari kaki. Antara penyebab penyakit gout ini disebabkan oleh;

Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

Gaya Hidup – Seringkali menyerang lelaki yang mengamalkan pengambilan protein berlebihan dalam menu harian.

Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.

Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.

P/s: Kurangkan mengambil daging dan makanan protein terutama anda yang ingin membina badan. Boleh amek protein tapi jangan lupa untuk exercise. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Makanan Pantang untuk Bina Badan

 

Salam semuaa.

Memandangkan ramai yang request untuk video fitness dari saya, dengan rajinnya saya upload untuk anda semua supaya lebih faham. Bagi mereka yang ingin bina badan, selain exercise, pemakanan juga perlu dijaga jadi saya berkongsi makanan pantang yang perlu anda tahu untuk membina badan mantap.

Ada yang bertanya, macam mana nak bina badan tanpa ambil protein mass? Jawapan dia cuba lebihkan protein dalam menu harian dan kurangkan karbohidrat seperti ikan dan ayam dan soya. Cuba ubah portion pemakanan harian anda selain elakkan makanan berminyak dan juga fast food.

Nak tahu lebih detail, anda boleh terjah video Makanan pantang untuk bina badan

MORE PICTURES : LIKES FANPAGES DARKBATMAN.COM

Incoming search terms:

Muka Surat : 123Depan »