Salam semuaa..
Adakah anda sedang berdiet dan menghadapi masalah untuk kekal dengan plan tapi gagal untuk mengikut plan dan larangan diet? Diet ini dinamakan yo-yo diet plan. Kadang-kadang bila anda tidak berdiet, berat badan kembali ke asal malah ada yang bertambah berat badan kerana makan tidak ingat dunia. Sebenarnya terjadinya pertambahan berat badan kerana metabolisme anda menurun disebabkan diet makanan yang tidak seimbang, kurangnya pengambilan serat (fiber) seperti buah-buahan dan sayuran.

Kurangnya melakukan aktiviti fizikal seperti mengeluarkan peluh mempercepatkan lagi penurunan kadar metabolisme anda. Kadar metabolisme yang tinggi adalah penting untuk proses pembakaran lemak menjadi tenaga.

Untuk meningkatkan kadar metabolisme anda perlu mempunyai tabiat pemakanan yang sihat contohnya tentukan makanan seharian seimbang 40 % kabohidrat,40% serat (sayur dan buah-buahan) dan 20% Protien. Malah anda juga perlu mengetahui tahap kalori makanan yang dimakan dengan keperluan kalori seharian selain perlu mengambil makanan tambahan seperti herba yang dapat menjadi pemangkin peningkatan kadar metabolisme.
P/s: Asas utama untuk kuruskan badan selain niat adalah tahu jumlah kalori makanan yang perlu diambil setiap hari. Anda boleh baca entri Jumlah Kalori bagi Lelaki dan Perempuan.

