DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Penjagaan Rambut Sebelum tidur

Berapa ramai yang tahu jenis sikat dan cara menyikat rambut sebenarnya mempengaruhi kesihatan rambut? DUNIA fesye rambut berkembang setiap minit. Sama ada anda seorang wanita atau lelaki, penting bagi anda untuk mengetahui penjagaan rambut yang betul dan mudah dilakukan di rumah.

Perkara asas yang harus dititikberatkan ialah cara menyikat rambut. “Ramai yang menganggap bahawa menyikat secara kerap boleh membawa kemudaratan” sedangkan masalah sebenarnya ialah penggunaan sikat yang tidak bermutu atau sikat mahal. Apa kata anda sikat rambut sebelum masuk tidur dan pada waktu pagi sebelum mandi. Ketika bersiap untuk ke tempat kerja, anda mungkin boleh guna jari untuk menggayakan stail rambut.

“Jangan sapukan gel atau minyak selepas rambut dicuci. Ini kerana anda tidak berupaya mengubah stail sehingga cucian seterusnya. Sebaliknya, biarkan rambut anda bebas untuk pelbagai stail sepanjang hari atau hari kedua.”

Gosok dengan jari

Caranya amat mudah. Selepas menyapukan syampu di atas kepala, gosok dengan hujung jari selama beberapa minit. Kemudian, gunakan sikat untuk disebar ke seluruh dan hujung rambut. Cuci hingga bersih dan sapukan perapi rambut di atas rambut. Kemudian, gunakan sikat sekali lagi untuk menyebarkan perapi tersebut. Akhirnya, bilas dan keringkan rambut seperti biasa.

P/s: Untuk kesan yang lebih baik, sebaiknya sikatlah rambut sambil menundukkan kepala. Lakukan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut
.

Incoming search terms:

Bila Darkbatman fobia dengan sembap di mata

 

Salam semuaaa…

Kali ni Darkbatman kembali dengan tips perapian diri. Cewahh.. macam pekerja spa lah pulak. Kehkehkeh! Sekarang saya rajin betul nak berkongsi tips dengan semua… Dan kebanyakan tips yang saya kongsi daripada pelbagai sumber.

 

SEMBAP MATA semestinya bukan sesuatu yang menggembirakan semua orang. Sembap mata boleh menyebabkan seseorang kelihatan tidak bermaya, tidak bersemangat.. dan ia boleh menurunkan konfiden dalam diri.

 

 

DSC_1320Eyebag gara-gara kurang tidur yang berkualiti. Kehkehkeh!

 

 

Sembap mata biasanya disebabkan tidur yang kurang, penat atau menangis. Ada sebab yang lebih spesifik tapi saya bukanlah seorang doktor. Kehkehkeh! Jadi apa yang kita boleh buat untuk kurangkan sembap di mata?

 

 

AMARAN !!!! TIPS INI BERGUNA UNTUK SEMUA, TIDAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN. KEHKEHKEH!

 

1. Lekap benda sejuk pada mata

Biasanya kita boleh guna bahan-bahan yang ada dirumah, contohnya hirisan timun dan tomato yang sejuk. Belakang sudu yang sejuk pon boleh ditekap pada mata, tapi AWAS! Jangan kah terlalu sejuk pula, takut pecah kapilari darah!

 

DSC_0688

 

 

2. Penggunaan produk

Pedap krim atau produk perawatan mata yang boleh membantu dalam mengurangkan sembap mata. Sekarang, lelaki mahupun perempuan boleh mendapatkan produk untuk mata di farmasi atau kebanyakan kedai.

 

 

3. Teknik mekap

Haaa… ini khas untuk kaum wanita di luar sana ye. Kehkehkeh! Wanita ni beruntung kerana punya alternatif istimewa untuk menyamarkan sembap bawah mata. Anda cuma perlu gunakan concealer atau bedak. Pemakaian celak pada waterline dan maskara turut membantu.

 

 

 

DSC_0666

 

Mata saya sendiri pun naik sembap gara-gara terlalu penat bekerja dan tidak cukup tidur. Sekali lagi, tidur merupakan mekanisme penting dalam penjagaan tubuh badan. Hal ini kerana badan yang mendapat rehat yang mencukupi adalah badan yang segar dan menawan! Kehkehkeh!

 

 

 

 

 

 

 

P/s : Jangan terlebih tidur pula sudah lah ye! Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Tips Penjagaan Kulit Lelaki

 

 

Kebanyakan daripada lelaki, tak ramai yang menjaga penampilan apalagi penjagaan kulit yang biasanya dimonopoli oleh kaum wanita. heh! Tak heran lah bilangan lelaki kacak semakin berkurangan. ahaha! Gatsby merupakan pilihan utama saya untuk tampil di khalayak ramai tanpa kesan jerawat. heh!

 

Sesekali apa salahnya berhabis duit untuk kelihatan kacak? heh! Bukan apa walaupun poket tak kacak tapi awek berderet beratur, bukan ker itu satu kebanggaan bagi lelaki? Kaum perempuan, sila jangan marah yer. ahahah!

 

Hari ini saya sharekan beberapa tips asas bagi lelaki perempuan sila pejam mata yang ingin menambahkan rasa keyakinan diri untuk mengorat awek – awek cun kat luar nanti. heh! Sebelum menggunakan pencuci muka, pertama sekali, anda kena tahu jangan sesuka hati main rembat pencuci muka wanita. Kulit muka lelaki lebih tebal dari kulit muka wanita dan peningkatan hormon testosteron akan menyebabkan kulit lelaki lebih ketara berminyak dari wanita.

 

Cuci wajah dengan betul dengan menggunakan pembersih wajah yang mengandungi exfoliants lembut plus rajinkan diri untuk membersih wajah setiap pagi dan sebelum tidur setiap hari. Rajin ker saya? hehe!

Gunakan pembersih wajah yang sesuai bagi menghilang kotoran, menanggalkan sel-sel mati dan membersihkan liang roma untuk mengelakkan masalah jerawat yang gatal menempek di muka. hehe!

 

Sekiranya anda mempunyai kulit yang kering, pelembap dengan formula antipenuaan amat sesuai digunakan. Selain penggunaan produk penjagaan kulit, pengambilan makanan yang berkhasiat perlu dijaga untuk menjadikan kulit sentiasa kelihatan muda selalu. hehe!

 

P/s: Agak – agak berapa ramai lelaki yang dah mula menitikberatkan penjagaan muka?

Incoming search terms: