Salam semuaa..
Dah lama nak buat entri tentang penyakit gout tapi kesuntukan masa akhirnya terperam lama dalam draft. Penyakit gout seringkali banyak menyerang lelaki dan hanya menyerang kaum perempuan yang menopaus.

Apabila penyakit gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Tanda – tanda penyakit gout biasanya sakit yang melampau dan mengejut biasanya bermula pada satu sendi sahaja terutama pada ibu jari kaki. Antara penyebab penyakit gout ini disebabkan oleh;
Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.
Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
Gaya Hidup – Seringkali menyerang lelaki yang mengamalkan pengambilan protein berlebihan dalam menu harian.
Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.
P/s: Kurangkan mengambil daging dan makanan protein terutama anda yang ingin membina badan. Boleh amek protein tapi jangan lupa untuk exercise. Kehkehkeh!

