DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

5 Makanan Penyebab Kanser

Salam semuaa.

Kanser merupakan penyakit berbahaya yang paling ditakuti oleh kita semua. Sebut kanser semua macam risau tapi berapa ramai yang alert dengan penyakit kanser? Hari ini, saya nak berkongsi beberapa makanan yang anda boleh elak dan cegah dari awal.

Hot Dogs

Mengandungi terlalu banyak Nitrate dan kanak-kanak sebolehnya makan tidak lebih dari 12 hot dogs sebulan. Kalau anda ketagih juga nak makan Hot Dogs, cuba beli jenis yang tidak ada kandungan Sodium Nitrate.

Daging yang diproses

Juga mengandungi banyak kandungan Nitrate dan mengandungi kandungan lemak tepu yang menyumbang pembentukkan kanser selain meningkatkan risiko serangan jantung.

Donut

Berkemungkinan jensi makanan yang paling teruk menyumbang kepada kanser. Ia diperbuat daripada tepung, gula dan juga minyak yang dihidrogenasikan dan kemudiannya digoreng dalam minyak yang amat panas.

Kentang Goreng

Seharusnya dipanggil kancer-fries dan bukan french fries. Kentang goreng juga seperti donut yang dibuat daripada ‘hidrogenated oils’ dan digoreng dalam suhu yang amat tinggi. Kentang goreng juga mengandungi acryl amides salah satu bahan penyebab kanser.

Keropok, snack dan biskut

 Juga diperbuat daripada tepung dan gula. Ia juga mengandungi ‘Trans-fat’.

 

 

 

 

Incoming search terms:

Tanda Kanser PayuDara Lelaki l Info Kesihatan

Salam semua..

Bukan perempuan saja yang berisiko untuk mengidap kanser payu dara tetapi lelaki pun tidak terlepas. ehehe! Kanser payu dara ini menyerang semua orang tidak mengambil kira lelaki tuuu tulen ataupun mengambil pil hormon.

Mungkin anda pandang remeh tapi sebenarnya kanser payu dara yang menyerang lelaki ini lagi serius dari perempuan sebabnya kanser ini akan berjangkit kepada organ lain yang membawa kepada kematian. Perghhh menakutkan! ”Kenapa serangan kanser ini lebih berbahaya kepada lelaki?”


Kalau tengok pada zahir, payu dara lelaki bersaiz kecil, kurang tisu dan lebih dekat dengan dada berbanding perempuan. Jadi, awas kepada lelaki semua! ehehe. Tanda – tanda mendapat serangan kanser ini tak susah nak check ”berdiri depan cermin pastu belek-belek sejam dua’‘. ahaha. Kebiasaannya akan ada benjolan pada tisu payu dara dan juga perubahan saiz misalnya berkedut, tertarik ke dalam atau kemerah merahan. ”jauh anda melencong yer”. kehkehkeh!

Serangan ini senang nak dapat kalau badan kita mudah terdedah pada radiasi, ada lebihan hormon estrogen, keturunan, hah obesiti (kurangkan berat badan), usia meningkat dan juga masalah hati@sirosis. Jadi, kalau rasa sayangkan payu dara anda, elakkkan penyebab kepada penyakit ini yer!

P/s: Rawatan untuk kanser payudara lelaki ini sama saja dengan perempuan cuma bergantung kepada tahap kesihatan, tahap barah dan paling penting pilihan pesakit ituuu sendiri. Bak kata orang ”mencegah lebih baik daripada mengubati”.


Incoming search terms: