DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Drama Tiramisu kini Beraksi di SLot Akasia TV3

Tiramisu kini mengantikan seribu kail cinta yang mengisi slot akasia tv3 dan akan ditayangkan bermua 27 disember 2010 pada pukul 7 malam. Pelakon drama tiramisu adalah Pierre Andre,Sharifah Amani,Noni Af,Zain Ruffegde,Tania Hudson,Sheila Mambo dan adik Mia Sara Nasuha.

Tiramisu mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.



Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.


Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani. Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.



Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.



Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.



Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri. Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?


P/s: Macam best jer slot akasia tiramisu ini. Kena tengok sampai episod akhir tiramisu laa jawabnya!

Incoming search terms:

Paramore Live in Kl l The Best Ever Konsert 2010

Masih ingat lagi dengan entri semalam im going to paramore konsert tonite? Lebih kurang pukul 8.30 malam, saya beraya jejakkan diri di stadium bukit jalil untuk menonton konsert paramore live. hoho! Paling best bila dapat tengok band paramore secara dekat sebab nuffnang baik hati bagi tiket bahagian rock zone.

Tapi malangnya gambar tak dapat nak snap seperti yang diupload memandangkan terlalu ramai orang dan mostly sangat eksited apabila haylie memukau hampir semua audien dengan suaranya yang sememangnya mantap dan kebanyakan penonton menyanyi dan menari bersama.


Masa ini, band paramore menyanyi lagu secara akustik dan sepanjang konsert ini berlangsung, persembahan yang dipamerkan sangat bertenaga dan interaksi antara band dengan peminat sangat superb! Dengan puluhan peminat yang bersesak, baju hampir boleh diperah tapi tiada tanda – tanda peminat kepenatan.

Layan jap lagu The Only Exception by Paramore. Video sedut dari youtube! hehe!

Part yang paling best apabila Haylie berlari dari hujung stage kiri ke hujung stage kanan dengan suara yang memukau semua peminat dan semakin teruja apabila beberapa gift dibaling secara rawak. Adoi, tak sanggup nak berebut dengan perempuan!

Hampir 2 jam bersama paramore terasa seperti sekejap! Apa pun, malam tadi memang tidak sia – sia datang untuk menonton paramore dan kalau paramore turun lagi ke Malaysia, pastinya saya takkan melepaskan peluang.

Punya lah kepanasan tetapi enjoy habis!

Thank to TuneTalk sebab bawak Paramore ke Malaysia.

15 minit berdiri di ROckZone, badan dah mula berpeluh tetapi kesabaran berbaloi – baloi apabila paramore muncul tepat pada 8.30 malam! Tambah lagi dengan Haylie yang melompat – lompat terasa mau lompat sama. hehe!

Lebih kurang pukul 10 malam, konsert berakhir tapi kaki ini macam berat nak melangkah.

P/s: Thank untuk nuffnang for giving me such a wonderful nite with Paramore.

Incoming search terms:

Sinopsis Ahmad Durrah- Slot Zehra Tv3

Kini Ahmad Durrah mengantikan slot zehra janji kekasih yang berakhir pada 3 september lepas. Drama tv3 terbaru Ahmad Durrah yang mempunyai 13 episod dilakonkan oleh Eja,Rusdi Ramli, Jalil Hamid, Nabila Huda, Qazem Nor dan akan mula ditayangkan pada 10 september ini.

Incoming search terms:

Muka Surat : 12345Depan »