Live Keputusan Terkini Final @AKhir Piala FA l Kelantan vs Terengganu 11 Jun 2011. Seawal Permainan, pasukan Terengganu nampaknya memberi tekanan hebat buat Kelantan. Selama 24 minit perlawanan, nampaknya pasukan Kelantan masih mencari rentak perlawanan manakala pasukan Terengganu semakin rancak menyerang.
Kelantan 0 – 0 Terengganu.
28 minit perlawanan, banyak peluang dilepaskan oleh pasukan Terengganu malam ini.
32′ Abdul Manaf dikenakan kad kuning kerana mengasari pemain Kelantan.
Daudsu mula melakukan serangan ke atas jentera Terengganu namun mampu dihalang oleh pertahanan Terengganu. Separuh masa pertama hampir dikuasai oleh team Terengganu.
40′ Nor Shahrul idlan Talaha hampir melakukan jaringan namun ditangkis oleh keeper Terengganu.
2′ masa tambahan diberikan.
Bila laaa Kelantan nak tunjuk bisa malam ini. haihhhh!
Separuh masa kedua di mulakan..
47′ Kad kuning dikenakan kepada pemain Terengganu iaitu Ismail Faruqi Ashaari.
48′ Piya hampir melakukan rembatan tetapi gagal hasil sepakan percuma oleh Zairul Fitree.
Perlawanan ditangguhkan sementara kerana balingan mercun oleh penyokong di stadium.
56′ Khairul Fahmi berjaya menghalang rembatan gol perubaan dari Joseph Kallang. Bertalu – talu Kelantan diserang malam ini.
61′ Lontaran ke dalam oleh pasukan Kelantan.
63′ Izuan dibawa masuk menggantikan Ramzul.
70′ Kad kuning dilayangkan pada Daudsu kerana mengasari Asha’ri.
75′ Shakir dikenakan kad kuning ke atas abdul manaf. Ramai jugak pemain yang dikenakan kad kuning.
79′ Nurul Azwan Roya melakukan jaringan cantik buat Kelantan. Tahniah buat Kelantan kerana mendahului Terengganu buat masa ini
Kelantan 1 – 0 Terengganu
83′ Raphy dilayangkan kad kuning.
87′ Chanturu dikasari dan Mohd Mazuki dikenakan kad kuning.
93′ Khairan di bawa masuk menggantikan Shakir.
99′ Daudsu melakukan gol sendiri menjadikan Terengganu seri terikat dengan Kelantan.
Kelantan 1 – 1 Terengganu
Masa tambahan diberikan bagi penentuan Juara Piala FA 2011
Zhariff melakukan percubaan namun gagal.
98′ Kelantan semakin mengasak.
100′ Manaf hampir melakukan rembatan kali kedua tapi gagal.
105′ Kad kuning dikenakan kepada Rizal Fahmi.
107′ sepakan penjuru yang ke 7 buat terengganu namun gagal disempurnakan.
110′ GOl kedua buat Terengganu melalui rembatan Ahmad Nordin Alias. Tahniah buat Terengganu!
110′ Ahmad Nordin Alias dikenakan kad kuning.
114′ Mohd Zubir dilayangkan kad kuning di saat akhir tamat perlawanan.
Terengganu akhirnya dinobatkan sebagai JUARA PIALA FA 2011















