DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Pizza Cheesy Pop Lebih Segar dengan Udang Tempura l Pizza Hut

Salam semua..

Ada nampak bentuk love tak? Kehkehkeh! Now, sejak mendapat invitation daripada nuffnang untuk makan kat pizza hut, rasa macam tak lengkap pulak kalau tak mencuba pizza hut terbaru. Nampak jer iklan terus rasa tak sabar – sabar nak try! ”Do u c wat i c? Jeng!Jeng!Jeng!

Memang betul la dengan tema pizza yang sebelum ini ”ring of fortune”. Pizza ini tempat yang sesuai untuk bersantai sambil makan dengan orang yang kita sayangi. Kehkehkeh! ”Macam terkena tempias pun ada”.

Kalau serbu pizza, tempat paling dekat dengan rumah semestinya subang bestari plus dekorasi dalaman sangat cantik dan kalau anda menunggu pizza tuuu, mesti tak boring punya.

Sepanjang masa, ada jer lagu – lagu best dan kalau saya kata saya jatuh cinta dengan pizza kat sini, anda setuju tak? Kehkehkeh! Memang betul orang cakap ”there’re additional things beyond just good food on the table’‘.

Yang latest punya pizza, Cheesy Pop aka Pizza bersalut dengan Udang Tempura nampak lebih menyelerakan dipadankan dengan cheese kat tepi. Rugi kalau tak try. Kehkehkeh!

Part yang buatkan saya addicted dengan pizza adalah tang air asam boi! Perghhh memang setiap kali pandang pizza hut mesti duk terbayang – bayang air asam boi duk menggoda kat depan mata. kehkehkeh!

Walaupun servis agak slow tetapi agak terubat dengan lagu yang dipasang plus suasana kat dalam ini lebih menjaga mood untuk tak jadi nak marah. Kehkehkeh!

Kalau ikutkan, banyak jer tempat makanan segera yang selalu update menu terbaru tapi setiap kali pizza hut keluarkan menu terbaru, mesti laju jer saya nak try. Kehkehkeh!

Walaupun udang tuuu boleh munculkan awek cun kat muka saya, semua tuu saya pandang sebelah mata jer bila nampak cheesy pop duk menggoda. Kehkehkeh!

The temptation of having cheesy in the mouth, u can only find out @pizza hut.. Kehkehkeh! Baucer hari tuu macam tak habis guna lagi. Gemuklah macam ini.

P/s: Kecewa apabila oriental wing dah takde lagi pizza hut. Waarghhhhh punyalaa bersemangat waja nak pergi makan sekali dah takde lagi dah. Haihhh. Ada sesapa pandai masak tak? Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Aksi Terlampau darkbatman l Zuhry darkbatman

Salam semua…

Pejam celik pejam celik hari ini dah nak masuk hari jumaat dah. Masih terasa mood bercuti tapi rupanya hari ini dahpun hari khamis. Orang kata kalau terasa hari berlalu tanpa sedar, hati sedang berbahagia ”betul ker”. Kehkehkeh!

Sebenarnya takde pun aksi terlampau zuhry darkbatman. Saja saya nak bagi anda semua klik laju – laju masuk blog dua kupang saya ini haa. Kehkehkeh!

Malam ini sebenarnya takde aktiviti sangat nak buat melainkan menghayati kelembutan sofa baruuuu. Sofa baru? kehkehkeh! Jom buka mata anda luas – luas.

Opps tertempek pulak gambar separa seksi ”adik – adik, sila pejamkan mata yer’‘. Btw, sofa ini dahpun kena humban dalam bilik stor setelah berkhidmat hampir setahun lamanya kat rumah usang saya. Kehkehkeh! Terpaksa bertukar memandangkan yang lama dah macam nak runtuh jer.

Muka kontrol macho sebelum bergerak ke pizza hut. Kehkehkeh! Esok baru saya akan update entri pizza yang terbaruuu sebab badan dah penat plus plus plus perut dah kenyang macam ular sawa. Kehkehkeh!

P/s: Dalam proses nak launch giveaway dalam masa terdekat. Stay tune guys!

Incoming search terms:

Pizza Hut Thematic l Fortune For Everyone

This is Sticky Post Entry. Scroll Down For The Next Entry

‘’Setiap hari rutin hidup saya bermula seawal jam 4 pagi dan berakhir jam 10 malam sehinggakan saya terlupa menikmati saat – saat indah bersama keluarga dan rakan – rakan’’.

Semakin hebat teknologi, semakin sibuk rakyat jelata mencari rezeki  sehingga lupa indahnya perasaan yang dimiliki ketika bersama. Bukan hanya sibuk bekerja tetapi dengan meningkatnya jumlah pengguna di internet, facebook terutamanya membuktikan betapa rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa di depan komputer  lebih banyak daripada masa untuk keluarga.

Pernah tak anda bayangkan duduk semeja dengan keluarga dan rakan – rakan sambil berkongsi kegembiraan dengan meluahkan kasih sayang hanya melalui makanan yang tersirat seribu satu perasaan yang tidak mampu diluahkan dengan kata – kata? Kini Pizza Hut ingin memberikan perasaan yang terpendam dikongsi bersama insan yang paling anda sayangi.

Pizza Hut telah memainkan peranan untuk mengeratkan lagi hubungan dan komunikasi yang sekian lama sukar diperolehi dengan memperkenalkan  Pizza terbaru ‘’Ring Of Fortune’’.

8 orang blogger termasuk saya dijemput untuk menghayati saat – saat indah ini ke cawangan baru Pizza Hut Subang 2 yang kini telahpun beroperasi dan berpeluang merasai kenikmatan Pizza Ring of Fortune atau lebih senang dipanggil Pizza Sri Emas.

Bukan mudah untuk berjumpa dan bertukar – tukar pendapat sesama blogger dengan kekangan masa yang ada apalagi sukar untuk mencari tempat yang selesa dengan makanan yang sedap tapi semuanya tidak mustahil di Pizza Hut!

Bagi saya, Cawangan Pizza Hut Subang 2 nampak lagi menarik dengan rekabentuk dalaman yang menawan dan  lebih segar.

Lampu yang suam menyemarakkan lagi suasana ketika makan selain nampak lebih selesa dan rilek untuk bersantai bersama keluarga.

Ring of Fortune ini diberi nama berikutan bentuknya yang istimewa selain syiling emas yang membawa maksud kemakmuran, kekayaan dan tahan lama.

Pizza kali ini lebih special kerana ditabur cornflakes sekeliling Ring of Fortune untuk menambah rasa rangup! Memang sedap gila! Mau telan air liur berulangkali sebelum dapat makan. ahaha!

Sedikit penerangan tentang Ring Of Fortune disamping berpeluang menonton video komersial Pizza Ring of fortune dan apa yang boleh saya cakap ‘’Segala-galanya lebih sempurna apabila berkumpul bersama insan tersayang disamping makanan yang lazat’’.

Setiap slice pizza Ring of Fortune mempunyai 3 salutan keju yang memberikan rasa lebih istimewa berbanding pizza sebelum ini. Nampak lagi enak dan lazat dengan adanya red capsicums, nenas dan yellow onions sebagai penyeri lapisan atas kepingan pizza.

First time order air asam boi kat pizza hut dan wallaaa! Memang harus jadi minuman wajib selepas ini. Ingatkan hanya saya yang rasa air asam boi ini sangat best tapi abang nara pun sama.

Tapi kalau anda tidak suka dengan asam boi, boleh cuba  minuman terbaru dari Pizza Hut iaitu air Tropical dan sunny fizz atau anda juga boleh tengok senarai minuman yang ditawarkan kat sini.

Sekali kunyah, memang terasa kelainan Pizza Sri Emas ini dan paling saya suka bahagian tepi yang disaluti 3 perasa keju di mana terasa  kenyal dan rangup apabila sekali kunyah. ‘’Satu kunyahan yang membuatkan anda ingin rasa lebih lagi’’.

Mungkin disebabkan adanya nenas tidbid, red capsicum yang sangat kenyal tapi lembut dan juga yellow onions yang memberikan rasa yang lebih lazat.

Kecur air liur bila tengok makanan yang dimakan dan dihayati dengan penuh perasaan oleh kak red. ahaha! Pizza kali ini memang superb!

Kalau dulu saya agak suka dengan chicken wing dari pizza tapi setelah saya cuba oriental wing terbaru ini, perghhhh memang tak rugi datang sini. Oriental Wing ini disaluti dengan sos istimewa iaitu sos bawang putih ‘’patutlah sedap gila’’.  Tak sampai 10 minit dah habis kitaorang ngap diketuai oleh abang nara. ahaha.

Sekarang ini yang bestnya, anda boleh order 3 set makanan dalam 1 hidangan yang dipanggil Triple Platter iaitu Oriental Wings atau Honey BBQ Wings, Masala Spin Roll dan Criss-Cut Fries disediakan bersama Cool Lime Mayo.

Paling tak tahan apabila berulangkali abangnara asyik cakap ‘’terbaik’’ selepas rasa satu persatu makanan yang dihidangkan. Tapi Pizza Ring of Fortune ini  memang terbaekk!

Tempura Prawn Spaghetti ini nampak lagi special dengan Udang Tempura yang lembut dan berbeza daripada Chicken Bolognaise Spaghetti kerana menggunakan sos Napolitana.

Tidak lengkap hidangan tanpa desert sebagai pencuci mulut dan paling best kali ini baru perasan ada puding mango. Comelkan? Nak makan pun rasa macam sayang jer. Hehe!

Tengok reaksi saya pun, anda mesti tahu betapa bestnya hidangan yang disediakan.

See, there’re additional things beyond just good food on the table. ahaha. Mereka makan, ketawa dan berkongsi pendapat sesama sendiri dan semua ini mungkin hanya di Pizza Hut.

Burppppp, kenyang gila! Ahaha. Tak mampu dah nak paksa makan lagi! Kalaulah perut ini besar, mau saya melantak semua hidangan. Hehe!

Dah kenyang tu, apalagi kalau bukan bergosip dan berkongsi idea sesama blogger. Hehe!  Keriangan yang terpancar di raut wajah kami membuktikan kami rejoice dengan kelazatan pizza hut terbaru ‘’Ring Of Fortune’’ dan menu terbaru yang telah dicuba.

Kalau anda nak tahu dengan lebih detail, masuk sini ataupun boleh tengok maklumat dan senarai pizza terbaru kat facebook Pizza Hut.

Sebelum balik, pihak Pizza Hut memberikan cenderahati dan baucer makan pizza hut free lagi sekali. Ahaha. Gembira tak terkata!

P/s: Apalagi yang ditunggu? Jom serbu Pizza Hut sekarang.

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »